Sabtu, 26 Mac 2011

Lawatan Ke Terengganu

PDK Insani dan PDK Temangan pada 27. Feb 2011 telah mengadakan Program Lawatan Ke Terengganu. Program ini disertai 7 orang AJK termasuk Pengerusi PDK Insani, 9 orang petugas dan 4 orang pelatih serta Penyelaras PDK Machang, En. Aman Md Bakri. Program ini bertujuan menimba ilmu dan bertukar-tukar fikiran.

Tempat-tempat yang dilawati ialah PDK Batu Rakit dan Taman Sinar Harapan. Peserta lawatan berpeluang melihat pelbagai tambahan pengetahuan semasa program berlangsung. Semasa di PDK Batu Rakit kami diberi sambutan yang mesra dan agak meriah oleh Jawatankuasa dan Petugas yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya. Kami berpeluang melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PDK tersebut yang ditunjukkan oleh Pemangku Penyelianya iaitu Pn. Fatimah.

Selepas selesai Jamuan makan yang disediakan oleh pihak PDK Batu Rakit, jam 11.30 pagi kami bertolak ke Taman Sinar Harapan di Kuala Terengganu. Walaupun kedatangan kami tidak ada sambutan kerana kesilapan maklumat, tetapi layanan dari kakitangan mereka amat menggembirakan. Kami dibawa melawat semua tempat di dalam kawasan itu termasuk bilik sensori dan pemulihan.

Kesempatan kami ke Terengganu, kami semua menziarahi Pn. Norul Asliza Noruldin iaitu mantan Penyelaras PDK Machang yang berpindah ke Marang.

Selepas itu kami semua pulang semula ke Machang. Keseluruhannya lawatan ini dikira berjaya berdasarkan beberapa pembaharuan yang ditemui semasa lawatan.