Ahad, 25 September 2011

Majlis Hari Raya 4 PDK Machang

Majlis Hari Raya gabungan empat PDK Jajahan Machang telah diadakan pada 22hb September 2011 bertempat di perkarangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Machang. Majlis bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Majlis Hari Raya 4 PDK ini menghidangkan pelbagai hidangan dan dihadiri oleh semua Pelatih PDK, ibu bapa pelatih, Jawatankuasa, Penyelia dan Petugas PDK serta staf JKM. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah JKM (En. MD Noor Chik- hadir walaupun sedang bercuti), Timbalan Pengarah, PKMJ dari Pasir Puteh, Bachok dan Kuala Krai.

Selain diselitkan lagu raya, pelatih PDK juga diberi peluang untuk menyanyikan lagu raya. Dalam majlis itu, seramai lapan orang pelatih dan 4 orang dari kalangan staf dan ibu bapa dipilih untuk menerima hadiah istimewa kerana berpakaian raya penuh.

Antara hidangan yang disediakan: Nasi Minyak dan kek(PDK Temangan), Nasi Dagang Terengganu, Tapai dan ketupat (PDK Insani), Sate dan nasi Himpit (PDK Pulai Chondong dan makanan ringan, bee hoon, air dan kueh raya (PDK Bandar Machang). PKMJ Machang menyediakan pinggan mangkuk, laksa lemak dan laksa penang.