Ahad, 30 Oktober 2011

Sukaneka & Perkelahan Silatulrahim

PDK-PDK jajahan Machang telah mengadakan program bersama iaitu Sukaneka dan Perkelahan Silatulrahim di sebuah resort di Pantai Sri Tujuh pada 29hb. Oktober 2011 baru-baru ini. Seramai 145 orang peserta telah sama-sama menyertai program ini.

Program ini merupakan satu aktiviti luar khas untuk pelatih PDK. Program ini diadakan secara bergabung semua PDK di jajahan Machang bagi mewujud dan mengukuhkan kerjasama dalam setiap program dengan matlamat yang sama iaitu pemulihan pelatih PDK menerusi program riadah dan sukan.

Objektif program ini antara lain ialah:

i) Untuk memberi peluang pelatih PDK menikmati dan merasai suasana perkelahan.

ii) Sebagai satu cara pemulihan dan perkembangan ‘advokasi’ pelatih PDK.

iii) Untuk membina satu ikatan persahabatan (Silatulrahim) antara PDK-PDK Jajahan Machang.

Antara acara yang diadakan ialah: Senamrobik, sukaneka seperti, Punggah Pasir, Hantar Bekalan Air, Semakin Jauh Semakin Sayang, Bahasa Isyarat, Kupas Kulit Epal, Dart, Bowling Kelapa dan teka biji betik.

Selain Pelatih PDK, pengerusi, AJK dan staf JKM juga terlibat dalam acara yang disediakan.

Perasmian penutup dilakukan oleh PKMJ Machang iaitu Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh. Penyelaras PDK Machang, En Aman Bakri juga turut hadir.