Isnin, 9 Januari 2012

Pertandingan Bakat OKU

Pada 28hb Disember 2011 yang lalu, satu pertandingan Bakat OKU telah diadakan di Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan. Pertandingan ini disertai oleh PDK-PDK yang mewakili 10 jajahan di Kelantan. Kategori pertandingan ialah Nyanyian Solo, Nyanyian Duet dan Kumpulan (Pentomin).
PDK-PDK Jajahan Machang, yang turut disertai oleh PDK Insani, PDK Temangan dan PDK Pulai Chondong telah memilih pentomin yang berjodol "Usah dibezakan diri ini.." dan mendapat Johan kategori kumpulan. Acara Nyanyian Solo juga yang diwakili pelatih PDK Bandar Machang, Nik Aimi Azlin Nik Abdullah juga mendapat tempat pertama. Acara duet tidak disertai.
Jajahan Machang juga memenangi Johan Keseluruhan yang membolot hadiah RM1000.00. Johan kumpulan membawa pulang hadiah RM500.00 dan Johan acara solo RM250.00.
Kejayaan ini adalah berkat kerjasama yang dijalinkan antara PDK-PDk di jajahan Machang terutama PDK Insani, PDK Temangan dan PDK Pulai Chondong. Kesungguhan Pengerusi, Penyelia dan Petugas serta pelatih PDK amatlah dikagumi dan mudah-mudahan ianya berkekalan. Dengan kejayaan ini, PDK Jajahan Machang telah menjuarai acara Kumpulan dan Johan Keseluruhan sebanyak 3 kali iaitu tahun 2008, 2009 dan 2011.
Tuan Pengarah telah sudi hadir untuk merasmikan Perasmian Penutup dan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. Turut hadir, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian OKU iaitu Pn. Rohayati dan Penyelaras PDK Negeri, Pn. Nor'asikin Hamzah.