Jumaat, 20 April 2012

Sepetang Bersama Insan Istimewa

Sepatang Bersama Insan Istimewa adalah suatu program terbaru PDK bulan April. Ianya diadakan pada 18/4/2012 di Ladang Jagung En. Zulkefeli Rani, Pengerusi PDK Temangan. Program ini membabitkan PDK Insani dan PDK Temangan atas jemputan En. Zulkefeli. Beliau bermurah hati menyumbangkan 300 tongkol jagung dari ladangnya untuk dibakar, direbus dan dibuat bubur. Selain jagung. laksa, dadih dan keropok dihidangkan untuk semua yang datang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silatulrahim antara PDK dan masayarakat. Program ini juga memberi peluang kepada pelatih PDK berada di ladang jagung dan melihat sendiri pokok jagung dan bagaimana ianya dipetik dan diproses menjadi makanan mereka. Bagi pihak En. Zulkefeli, program ini sebahagian kerja-kerja amalnya dan menandakan kesyukuran di atas hasil tanaman jagung yang memberi rezeki yang lumayan pada keluarganya.
Sementara menunggu jagung dibakar dan direbus, beberapa acara sukaneka diadakan untuk pelatih PDK dan juga tetamu yang datang di ladang En. Zulkefeli yang seluas lebih 7 ekar itu.
Selain pelatih PDK dan warganya, anak-anak yatim dari Asrama Bakti Machang juga turut diraikan dalam program tersebut. Beberapa orang staf dari pejabat Peladang kawasan, FAMA dan Pejabat Pertanian turut hadir menyerikan majlis. Pengerusi PDK Insani, Mohd Razali Md Din tidak ketinggalan menyertai program anjuran dua PDK ini.
Program yang bermula jam 2 petang berakhir pada jam 4.30 petang.
Semoga bertambah murah dan diberkati rezeki Pakcu Li (Nama glamour En. Zulkefeli). Amen!!