Ahad, 24 November 2013

Program Memasak Bubur Asyura

Dengan kerjasama Jawatankuasa, Penyelia dan Petugas, ibu bapa, pelatih dan penduduk setempat, PDK Insani pada 15hb November 2013 yang lalu telah mengadakan satu program Memasak Bubur Asyura sebagai mengisi aktiviti sempena bulan Muharram 1435H.

Tujuan program ini ialah satu penghayatan berkenaan Muharram dan hijrah. Selain itu ianya memupuk satu amalan masyarakat untuk bersatu dan berkerjasama. Pelatih PDK pula didedahkan dengan konsep bergotong royong dan peristiwa bulan Muharram.

Sempena program memasak bubur asyura ini, satu majlis Membaca Yasin beramai-ramai turut diadakan yang disertai oleh kaum wanita. Seramai 40 orang wanita terlibat termasuk Penyelia dan Petugas PDK.

Sebanyak 3 kawah telah di masak secara bergotong royong. Persiapan bermula pada petang hari Khamis. Bubur Asyura mula dimasak sejak awal pagi kira-kira 7.30 pagi pada hari Jumaat dan masak serentak pada jam 5 petang. Persatuan INSANI turut menyumbang tenaga dan wang untuk program ini.








 Majlis Membaca Yasin


 Ahli Insani dan AJK PDK sama-sama mengacau asyura

Isnin, 8 Julai 2013

SUKANEKA DI PDK



Baru-baru ini di PDK insani diadakan program kecil-kecilan iaitu Sukaneka. Program ini diadakan di perkarangan PDK Insani melibatkan pelatih-pelatih PDK, Penyelia Petugas dan ibu bapa. Program sukaneka yang lazimnya diadakan di luar PDK,kali ini sengaja di adakan di PDK untuk menjimatkan kos dan masa.  Program ini berlangsung semasa waktu pelatih di PDK iaitu jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada 28/6/2013.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Lari Pakai Sarung, Melempar Coklat Ke Dalam Bakul, Membawa Pingpong Menggunakan Sudu dan sebagainya. Satu acara khas untuk ibu bapa dan petugas ialah Mengupas Epal. 

Program ini sungguh pun tidak ada perasmian, tidak ada promosi, tidak ada jemputan ini dan hadiah yang besar ianya tetap menjadi suatu proses pemulihan untuk pelatih PDK. Hanya Pengerusi yang hadir untuk menyaksikan pelatih PDK bergembira walaupun ianya tidak diadakan di tempat-tempat reakreasi seperti resort atau pantai. 

 




 
 




 

 






Jumaat, 31 Mei 2013

MAJLIS SILATULRAHIM DAN MESYUARAT AGUNG PDKI

MAJLIS SILATULRAHIM DAN MESYUARAT AGUNG PDK INSANI KALI KE 9 telah diadakan pada 30hb Mei 2013 di Dewan Terbuka SK Kampung Pek, Machang, kelantan. Majlis bermula jam 2.30 petang. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Machang, Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh telah merasmikan majlis. Pada Majlis tersebut, Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Kuala Krai, Nik Nur Ayuni telah memberi ceramah motivasi untuk ibu bapa pelatih PDK yang hadir.  Turut hadir ialah Penyelaras PDK Jajahan, Pn. Saripah Jusoh, Pembantu Bahagian OKU, En Jamaatul Hisyam dan En. Ridzwan.
Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan Pengerusi dan Ucapan Perasmian oleh PKMJ Machang. Selepas itu pengesahan minit mesyuarat, Penyata  tahunan dan kewangan PDK. Selepas ucapan penangguhan oleh Penyelaras PDK, Pn. Saripah Jusoh, dua puluh cabutan bertuah diadakan. Hadiah cabutan bertuah disumbang dan ditaja oleh Persatuan Insan Istimewa Kelantan sempena kemasukan beramai-ramai pelatih PDK menjadi ahli persatuan. Setiausaha Persatuan insan Istimewa Kelantan, En Mohd Kufri Omar hadir bersama AJK Mohamaed Deraman dan Nor Sabri Abu Bakar.
Seramai 60 orang ibu bapa, termasuk jawatankuasa PDK, Penyelia dan Petugas PDK  dan masyarakat setempat hadir memeriahkan aktiviti.
Selepas semuanya selesai, PDK Insani menyediakan minum petang untuk semua tetamu yang hadir.