Ahad, 14 April 2013

Majlis Penyampaian Geran PDK 2013



Sempena program tersebut, majlis penyampaian geran tahunan untuk 39 buah PDK seluruh negeri Kelantan telah diadakan.  Dato’ Sri Mustafa telah berkenan menyampaikan geran tersebut kepada wakil setiap PDK iaitu Pengerusi PDK.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah JPP Kelantan dan Pengarah JKM Kelantan, En Md Noor bin Chik. Kehadiran tetamu seramai hampir 700 orang adalah terdiri daripada Penyelia (39 orang) dan Petugas (130 orang), 5 orang AJK setiap PDK, 4 orang pelatih setiap PDK dan 3 orang ibu bapa setiap PDK.
Nyanyian solo, duet dan tarian menyerikan acara sambil tetamu menjamu minum petang  di hotel 4 bintang itu.