Isnin, 8 Julai 2013

SUKANEKA DI PDK



Baru-baru ini di PDK insani diadakan program kecil-kecilan iaitu Sukaneka. Program ini diadakan di perkarangan PDK Insani melibatkan pelatih-pelatih PDK, Penyelia Petugas dan ibu bapa. Program sukaneka yang lazimnya diadakan di luar PDK,kali ini sengaja di adakan di PDK untuk menjimatkan kos dan masa.  Program ini berlangsung semasa waktu pelatih di PDK iaitu jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada 28/6/2013.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Lari Pakai Sarung, Melempar Coklat Ke Dalam Bakul, Membawa Pingpong Menggunakan Sudu dan sebagainya. Satu acara khas untuk ibu bapa dan petugas ialah Mengupas Epal. 

Program ini sungguh pun tidak ada perasmian, tidak ada promosi, tidak ada jemputan ini dan hadiah yang besar ianya tetap menjadi suatu proses pemulihan untuk pelatih PDK. Hanya Pengerusi yang hadir untuk menyaksikan pelatih PDK bergembira walaupun ianya tidak diadakan di tempat-tempat reakreasi seperti resort atau pantai.