Ahad, 24 November 2013

Program Memasak Bubur Asyura

Dengan kerjasama Jawatankuasa, Penyelia dan Petugas, ibu bapa, pelatih dan penduduk setempat, PDK Insani pada 15hb November 2013 yang lalu telah mengadakan satu program Memasak Bubur Asyura sebagai mengisi aktiviti sempena bulan Muharram 1435H.

Tujuan program ini ialah satu penghayatan berkenaan Muharram dan hijrah. Selain itu ianya memupuk satu amalan masyarakat untuk bersatu dan berkerjasama. Pelatih PDK pula didedahkan dengan konsep bergotong royong dan peristiwa bulan Muharram.

Sempena program memasak bubur asyura ini, satu majlis Membaca Yasin beramai-ramai turut diadakan yang disertai oleh kaum wanita. Seramai 40 orang wanita terlibat termasuk Penyelia dan Petugas PDK.

Sebanyak 3 kawah telah di masak secara bergotong royong. Persiapan bermula pada petang hari Khamis. Bubur Asyura mula dimasak sejak awal pagi kira-kira 7.30 pagi pada hari Jumaat dan masak serentak pada jam 5 petang. Persatuan INSANI turut menyumbang tenaga dan wang untuk program ini.








 Majlis Membaca Yasin


 Ahli Insani dan AJK PDK sama-sama mengacau asyura