Khamis, 26 Jun 2014

Pemulihan Luar Kelas

Pada 18hb Jun 2014 yang lalu, PDK Insani dengan kerjasama Jawatankuasa, Penyelia dan Petugas telah mengadakan Program Pemulihan Luar Kelas yang diadakan di sebuah tempat peranginan Putera Valley Tanah Merah Kelantan. Program ini disertai oleh semua Pelatih PDK. Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk memberi keceriaan dan pengembangan minda anak-anak OKU.
Program diisi dengan senamrobik, jungle tracking, sukaneka dan bersantai. Jawatankuasa yang diketuai oleh Pn Norliza Idris selaku Pengerusi PDK turut bekerjasama dengan Penyelia dan Petugas untuk menjayakan aktiviti.
Program sebegini banyak memberi faedah kepada pelatih. Selain memberi pengalaman baru ia juga turut memberi perkembangan dan percambahan minda pelatih . Program-program seumpama ini juga akan menjadikan OKU akan lebih yakin untuk berada dalam masyarakat.