Jumaat, 19 Disember 2014

MAJLIS MESRA RIA PDK 2014

Majlis Mesra Ria PDK telah diadakan di PDK Insani pada 17-12-2014. Program ini adalah program penutup bagi tahun 2014. Ianya mula diperkenalkan pada tahun ini sebagai program tetap tahunan yang diadakan sebelum PDK bercuti akhir tahun. Idea program ini diilhamkan oleh Pengerusi PDK Insani, Pn. Norliza Idris yang bertujuan menghargai pelatih PDK sepanjang tahun dan merapatkan hubungan silaturahim antara warga PDK, ibu bapa dan JKM.

Antara pengisian yang diadakan dalam Mesra Ria PDk ialah, acara sukaneka dan sebagai pemulaan diadakan dua penyampaian anugerah kepada pelatih yang rajin ke PDK dan pelatih terbaik. Jawatankuaa berpendapat untuk masa akan datang boleh juga diwujudkan anugerah ibu bapa ‘sporting’, petugas cemerlang dan sebagainya.

Pada majlis Mesra Ria PDK kali ini, turut diadakan Majlis Perpisahan untuk PKMJ Machang, Ybrs. Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh yang akan bertukar ke Melaka pada tahun depan. PKMJ yang telah bertugas hampir sembilan tahun di Pejabat Kebajikan Masyarakat Machang di dalam ucapannya turut melahirkan rasa sedih untuk meninggalkan Machang dan PDK Insani sentiasa di hatinya kerana PDK ini paling aktif dan menjalankan aktiviti sehingga ke peringkat negeri.

Turut hadir semasa Mesra Ria PDK ialah Penyelaras PDK Jajahan, Pn. Saripah Jusoh dan beberapa orang staf PKMJ Machang.

Pengerusi PDK Insani, Pn. Norliza Idris berkata, beliau berharap program Mesra Ria PDK akan kekal menjadi acara tahunan dan pengisian bolehlah diberi penambahbaikan dari masa ke semasa. Beliau juga berharap program ini akan lebih meriah pada masa akan datang dan disertai lebih ramai penyertaan ibu bapa dan masyarakat setempat.

Sebelum pulang, pelatih PDK diberi pelbagai hadiah dan cenderahati dan hadiah cabutan bertuah juga turut diadakan untuk ibu bapa dan Jawatankuasa PDK. Uniknya acara Cabutan Bertuah dalam majlis ini  ialah, semua ibu bapa dan Jawatankuasa dikehendaki membeli hadiah dan kemudian dijadikan hadiah cabutan bertuah di kalangan mereka.
Program berakhir pada jam 12.30 tengahari.

(PDK Insani akan bercuti tahunan bermula 25/12/2014 hingga 4/1/2014. PDK Insani akan dibuka semula pada 5/1/2015 seperti biasa.)




















FOTO AKTIVITI TERKINI PDK INSANI









MESYUARAT JAWATANKUSA PDK INSANI
TARIKH:11/12/2014
TEMPAT: PDK INSANI