Selasa, 31 Oktober 2017

LAWATAN MUHIBBAH KE MELAKA

RASIONAL
Bagi melengkapkan proses pemulihan luar kelas, PDK Jajahan Machang telah mengadakan Program Lawatan Muhibbah Ke Melaka. Ia melibatkan pelatih, Jawatankuasa dan Petugas PDK serta staf JKM sebagai pengiring. Program ini  berlangsung selama tiga hari dua malam dengan pengisian yang telah diatur. (27HB - 29HB OKTOBER 2017)

 OBJEKTIF.

i)             Untuk memberi pendedahan dan pengalaman serta pembelajaran yang lebih luas kepada pelajar PDK.
ii)            Untuk mengajar dan menddik pelajar berdikari dan hidup tanpa keluarga di tempat asing.
iii)          Untuk menanam rasa kesedaran dan kasih sayang.
iv)          Untuk memberi peluang kepada penyelia dan petugas PDK memulihkan pelajar secara lebih pratikal dan mencabar.


KUMPULAN SASAR.
           

.    40 orang pelatih PDK
b.    8 orang AJK
c.      4 orang Penyelia
d.    15 orang Petugas PDK
e.      3 staf PKMJ Machang   

Jumlah semua: 70 orang




















Khamis, 12 Oktober 2017

REUNION SILATULRAHIM PDKI 2017


Sejak tertubuhnya PDK Insani pada 1hb Ogos 2005, ramai pelatih PDK telah mengikuti program pemulihan di sini. Ada beberapa orang pelatih telah berjaya dipulihkan dan keluar dari PDK sama ada kerana bekerja atau kerana membantu keluarga di rumah.  Jadi, program ini untuk menemukan semula bekas pelatih PDK Insani dengan pelatih yang ada sekarang dan apabila dicampurkan semuanya berjumlah 64 orang pelatih (30 orang pelatih yang masih ada di PDK dan 34 orang yang pernah menjalani pemulihan di PDK).

Program ini juga menemukan mantan Penyelaras PDK, Mantan Pengerusi, mantan AJK dan petugas PDK yang pernah berkhidmat kepada PDK Insani.

Turut hadir Penyelaras PDK Jajahan, Pn Ratna Mahsuri Mohamed Nor mewakili PKMJ Pn. Liayana Alpha.

 Objektif Program ini ialah:
i.              Untuk memberi motivasi kepada pelatih yang masih ada di PDK.
ii.             Untuk menjadi contoh kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa yang masih berada di PDK.
iii.            Untuk mengembalikan nostalgia pelatih PDK dan bertemu kawan lama sekali gus mengeratkan hubungan silatulrahim.
iv.           Untuk mantan-mantan Penyelaras, Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan Petugas serta  ibubapa dan pelatih bertukar-tukar fikiran.
Program turut diserikan dengan tayangan video Bakat OKU yang mana PDK Jajahan Machang termasuk peserta dari PDK Insani yang menjadi Johan kategori berkumpulan di Kota Bharu baru-baru ini. Selain itu diadakan acara sukaneka untuk pelatih dan ibubapa serta AJK. Ceramah berkenaan pemulihan OKU disampaikan oleh Juru Pulih Cara Kerja dari klinik kesihatan Pulai Chondong di awal program ini.



























Ahad, 27 Ogos 2017

FOTO-FOTO EMPAT AKTIVITI PDKI 2017

HARI MESRA KELUARGA 4 PDK JAJAHAN MACHANG
24-08-2017
BAROKAH CHALET, TELONG, BACHOK.
















FISIO BERSAMA PELATIH: 23-08-2017
DI PDK INSANI







LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BETHANY HOME
08, 09 & 10 OGOS 2017

















 MAJLIS RAYA 4 PDK JAJAHAN MACHANG