Rabu, 20 Jun 2018

MAJLIS BERBUKA PUASA 1439H / 2018

 Sepertimana tahun sebelumnya PPDK Insani sekali lagi mengadakan Majlis Berbuka Puasa (iftar) 1439H bagi meraikan pelatih PDK yang berpuasa bersama warga PDK, staf PKMJ bahagian OKU dan komuniti setempat.

Tarikh: 06-06-2018

Tujuan Majlis ini adalah untuk
     Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pelatih PDK dan warga PDK serta PKMJ yang lama sudah terjalin.


Program ini juga memupuk rasa rendah diri di kalangan semua warga PDK, kakitangan kerajaan mahupun warga OKU bahawa yang membezakan kita hanyalah taqwa kepada Allah S.W.T

Majlis kali ini menjemput Ustaz Din bagi memberikan tazkirah tentang kelebihan di bulan Ramadhan dan amalan-amalan yang meningkatkan iman kepada Allah S.W.T

Turut hadir ialah PKMJ Machang, Pn Suzieyaty Siyude dan Penyelaras PDK Jajahan, Pn Ratna Mahsuri Mohd Nor.











Aturcara Majlis:

5.00 Petang         : Pendaftaran
5.45 Petang         : Ucapan Aluan Pengerusi
6.00 Petang         : Ucapan dan perasmian oleh PKMJ
                            : Cabutan Bertuah I ( Sumbangan )
6.15 Petang         : Ceramah oleh Ustaz jemputan
6.45 Petang         : Penyampaian sumbangan dan duit raya kepada
                              pelatih oleh PKMJ
                             : Cabutan Bertuah II ( Sumbangan )
7.00 Malam          : Tahlil Ringkas
7.24 Malam          : Berbuka Puasa
7.45 Malam          : Solat Maghrib
8.00 Malam          : Bersurai