Khamis, 2 Julai 2009

Sukaneka 4 PDK Machang

Pada 29 Jun 2009 yang lalu, 4 buah PDK Jajahan Machang bergabung bagi mengadakan program Sukaneka di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Pasir Puteh.

Program ini sepatutnya diadakan di Padang Awam Laloh dengan penyertaan PDK tiga daerah iaitu Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai tetapi dibatalkan atas sebab-sebab teknikal. Walau bagaimanapun, PDK-PDK Jajahan Machang dalam satu mesyuarat tergempar pada 24 Jun 09, telah bersetuju dengan cadangan PDK Insani supaya program sukaneka ini diteruskan tetapi ditukar tempat perlaksanaannya.

Setelah berbincang yang turut dihadiri PKMJ dan Penyelaras PDK Jajahan, maka mesyuarat sebulat suara bersetuju mengadakan program Sukaneka sebagaimana yang diputuskan iaitu di Pantai Bisikan Bayu. Program ini secara umumnya mempunyai beberapa objektif antaranya:
i) Untuk memupuk hubungan silatulrahim yang erat sesama PDK Jajahan Machang
ii) Menggalakkan OKU bersukan dan bergembira seperti orang normal.
iii) Membiasakan masyarakat dengan keadaan Orang Kurang Upaya dan sebaliknya
iv) Untuk mengenal pasti OKU berbakat dalam bidang sukan
v) Sebagai satu riadah yang berfaedah.









Semoga program ini dapat diteruskan dari masa ke semasa dengan melibatkan lebih ramai penyertaan.

Rabu, 3 Jun 2009

PROGRAM PERKELAHAN SILATULRAHIM 09


Program perkelahan merupakan satu aktiviti luar khas untuk pelatih PDK. Program ini diadakan secara gabungan PDK Insani dan PDK Temangan bagi mewujud dan mengukuhkan kerjasama dalam setiap program dengan matlamat yang sama iaitu pemulihan pelatih PDK.
OBJEKTIF.

i) Untuk memberi peluang pelatih PDK menikmati dan merasai suasana perkelahan.
ii) Sebagai satu cara pemulihan dan perkembangan akal pelatih PDK.
iii) Untuk membina satu ikatan persahabatan (Silatulrahim)
iv) Untuk memberi pendedahan pelatih PDK dengan dunia luar yang lebih terbuka dan
berhadapan dengan orang ramai.
Seramai 64 orang peserta mengikuti perkelahan ini iaitu 40 orang pelajar dan selebihnya penyelia, petugas dan Ahli Jawatankuasa. Program kali ini diketuai oleh Petugas PDK Temangan iaitu Che Zuraida Che Lah dan dibantu oleh Maziah Mansor sebagai Penolong Ketua Program.
Program ini 70% dikendalikan oleh Petugas-petugas kedua PDK dan dirasmikan oleh Pegawai JKM Machang iaitu YM Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh. Turut hadir Penyelaras PDK Daerah Machang, Pn. Ratna Mahsuri Mohd Nor dan Pengerusi PDK Insani, En. Mohd Razali Md Din.
Semua pelatih PDK sangat gembira dan ceria sepanjang program berlangsung. Ikuti gambar-gambar suasana program tersebut.

Mesyuarat khas kedua PDK membincangkan Program Perkelahan Silatulrahim.


Majlis Perasmian oleh YM Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh.














PDK Insani dan PDK Temangan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Penyelia dan Petugas serta ahli Jawatankuasa yang terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini.

Sabtu, 9 Mei 2009

Seminar Keibubapaan

Gabungan 4 buah PDK Jajahan Machang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Machang telah mengadakan satu seminar yang diberi nama Seminar Keibubapaan. Ianya diadakan pada 2 Mei 2009 yang lalu di Dewan A, Institut Pengurusan Peladang Ins, Bukit Belah, Machang, Kelantan. Seramai 160 orang peserta mengikuti seminar ini yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga pelatih-pelatih PDK Jajahan Machang iaitu PDK Bandar Machang, PDK Insani, PDK Temangan dan PDK Pulai Chondong.

Objektif seminar:

i) Memberi peluang kepada ibubapa memahami permasalahan mempunyai anak istimewa.
ii) Memberi kefahaman tentang penjagaan, pemulihan dan pencegahan yang dapat dilaksanakan oleh ibubapa.
iii) Memberi peluang kepada ibubapa mendapat penjelasan mengenai kerjaya, masa depan dan keistimewaan anak-anak istimewa.
iv) Supaya ibubapa menyedari bahawa program pemulihan di PDK adalah memerlukan penghlibatan semua pihak.

Antara penceramah yang dijemput ialah: Prof. Dr. Zabidi Azhar Mohd Hussin -Pakar Pediatrik Neurologi HUSM, Ustaz Suratemi Mat Yusoff-Pegawai Agama Kota Bharu dan Wan Mohd Asrulsani Wan Hamzah dari JKM Negeri Kelantan.

Acara Perasmian Penutup dilakukan oleh Ybrs. En. Che Ngah, Timbalan Pengarah JKM Negeri yang mewakili Pengarah JKM Negeri Kelantan.

Foto-fotonya...






Demikian la....

Ahad, 3 Mei 2009

Lawatan Ke Perak

Pada 15 dan 16 April lepas, satu lawatan sambil Belajar Jawtankuasa, Petugas dan Peserta Advokasi mengadakan lawatan ke Negeri Perak dan ke Cameron Hingland. Turut serta dalam lawatan ini ialah Jawatankuasa, Petugas dan Peserta Advokasi PDK Temangan.

Tujuan lawatan adalah bertukar-tukar fikiran dan mencari pengalaman dalam bidang ternakan ikan keli.

Kami menggunakan khidmat Bas JKM Negeri Kelantan. Dalam perjalanan pulang kami semua singgah di Cameron Highland untuk melihat tanaman segar dan membeli belah.

Saksikan foto-foto lawatan tersebut nanti.......





Demikian antaranya..... Jauh berjalan luas pandangan....