Satu Siri Penerangan dan Bengkel Pengstrukturan Semula Program Pemulihan PDK telah diadakan di PDK Insani baru-baru ini pada 2hb. Feb 2011. Ianya dihadiri ol.eh Jawatankuasa PDK Insani dan Jawatankuasa PDK Temangan serta Penyelaras PDK Jajahan Machang, En. Aman Md Bakri. Bengkel ini bertujuan mencari satu kaedah terbaik untuk memenuhi program pemulihan di kedua PDK tersebut tanpa mengabaikan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.Kedua-dua PDK bersetuju untuk menggunapakai kaedah pemulihan yang dipersetujui dalam pertemuan itu di mana laporan terperinci akan dikemukakan kepada PKMJ Machang selepas tiga bulan perlaksanaannya.
Penyelia PDK Insani, Raja Norshamlina Raja Bakar dan Penyelia PDK Temangan, Tengku Nor Hidayu Raja Salleh telah menggendalikan bengkel dengan dibantu oleh Pengerusi kedua PDK.
Peratusan bagi program akademik hanya 30% dan selebihnya adalah lebih kepada program pemulihan vokasional dan lain-lain. Kedua jawatankuasa juga bersetuju beberapa orang pelatih yang dipilij akan menghadiri PDK pada sesi petang iaiatu jam 12 - 4 petang.
Draf bengkel pengstrukturan semula program PDK sedang dikemaskinikan oleh kedua Penyelia untuk kegunaan kedua-dua PDK bermula 6hb Feb 2011.































Pada 5hb. Januari 2011, sekumpulan warga PDK Selayang seramai 12 orang telah datang melawat PDK Temangan (di premis sementara) sebagai tanda simpati di atas bencana kebakaran yang menimpa tahun lalu. Antara yang hadir Naib Pengerusi, En Yusof, Penyelia Pn. Noraini Othman dan wakil JKM Gombak serta petugas-petugas.






