Sabtu, 2 April 2011

Latihan Vokasional Pelatih PDKI

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi melatih Pelatih-pelatih dewasa PDK Insani supaya dapat menjalankan kerja-kerja yang sesuai dengan mereka. Setakat ini PDK Insani memperkenalkan aktiviti membuat kerepek, kotak kertas, alas meja, mengemas, memasak dan sebagainya.
Petugas yang bertanggungjawab akan memastikan setiap pelatih dewasa akan menjalankan kerja yang diarahkan setelah mereka diajar berulang kali.
Selain ciri-ciri keselamatan, kebersihan juga diutamakan semasa memproses makanan untuk dipasarkan kawasan sekitar.
Untuk bulan April ini, 2 orang Petugas yang mengambil alih mengantikan petugas Mac akan meneruskan aktiviti membuat kerepek dan kotak kertas serta penambahan produk kerepok ikan keli.

















Sabtu, 26 Mac 2011

Lawatan Ke Terengganu

PDK Insani dan PDK Temangan pada 27. Feb 2011 telah mengadakan Program Lawatan Ke Terengganu. Program ini disertai 7 orang AJK termasuk Pengerusi PDK Insani, 9 orang petugas dan 4 orang pelatih serta Penyelaras PDK Machang, En. Aman Md Bakri. Program ini bertujuan menimba ilmu dan bertukar-tukar fikiran.

Tempat-tempat yang dilawati ialah PDK Batu Rakit dan Taman Sinar Harapan. Peserta lawatan berpeluang melihat pelbagai tambahan pengetahuan semasa program berlangsung. Semasa di PDK Batu Rakit kami diberi sambutan yang mesra dan agak meriah oleh Jawatankuasa dan Petugas yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya. Kami berpeluang melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PDK tersebut yang ditunjukkan oleh Pemangku Penyelianya iaitu Pn. Fatimah.

Selepas selesai Jamuan makan yang disediakan oleh pihak PDK Batu Rakit, jam 11.30 pagi kami bertolak ke Taman Sinar Harapan di Kuala Terengganu. Walaupun kedatangan kami tidak ada sambutan kerana kesilapan maklumat, tetapi layanan dari kakitangan mereka amat menggembirakan. Kami dibawa melawat semua tempat di dalam kawasan itu termasuk bilik sensori dan pemulihan.

Kesempatan kami ke Terengganu, kami semua menziarahi Pn. Norul Asliza Noruldin iaitu mantan Penyelaras PDK Machang yang berpindah ke Marang.

Selepas itu kami semua pulang semula ke Machang. Keseluruhannya lawatan ini dikira berjaya berdasarkan beberapa pembaharuan yang ditemui semasa lawatan.












Khamis, 10 Februari 2011

PROGRAM PROMOSI SUBSIDI UJIAN MAMOGRAM

Pada 9hb. Februari 2011 yang lalu, Lembaga Penduduk dan Kemajuan Keluarga Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Promosi Subsidi Ujian Mamogram di PDK Temangan. Program kesihatan itu diadakan di Tabika Pepaduan Sri Pauh. Ianya diadakan untuk ibu-ibu pelatih PDK Temangan. Turut serta penduduk setempat.

Program ini bertujuan untuk menerangkan bahaya kanser payu dara dan keperluan membuat pemeriksaan awal pencegahan. Mana-mana yang layak iaitu wanita berumur 40 tahun ke atas ditawarkan subsidi RM50 untuk membuat pemeriksaan di mana-mana klinik swasta.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Machang turut membuka gerai untuk program pendaftaran OKU.









Ahad, 6 Februari 2011

Penstrukturan Semula Program Pemulihan PDK

Satu Siri Penerangan dan Bengkel Pengstrukturan Semula Program Pemulihan PDK telah diadakan di PDK Insani baru-baru ini pada 2hb. Feb 2011. Ianya dihadiri ol.eh Jawatankuasa PDK Insani dan Jawatankuasa PDK Temangan serta Penyelaras PDK Jajahan Machang, En. Aman Md Bakri. Bengkel ini bertujuan mencari satu kaedah terbaik untuk memenuhi program pemulihan di kedua PDK tersebut tanpa mengabaikan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kedua-dua PDK bersetuju untuk menggunapakai kaedah pemulihan yang dipersetujui dalam pertemuan itu di mana laporan terperinci akan dikemukakan kepada PKMJ Machang selepas tiga bulan perlaksanaannya.

Penyelia PDK Insani, Raja Norshamlina Raja Bakar dan Penyelia PDK Temangan, Tengku Nor Hidayu Raja Salleh telah menggendalikan bengkel dengan dibantu oleh Pengerusi kedua PDK.

Peratusan bagi program akademik hanya 30% dan selebihnya adalah lebih kepada program pemulihan vokasional dan lain-lain. Kedua jawatankuasa juga bersetuju beberapa orang pelatih yang dipilij akan menghadiri PDK pada sesi petang iaiatu jam 12 - 4 petang.

Draf bengkel pengstrukturan semula program PDK sedang dikemaskinikan oleh kedua Penyelia untuk kegunaan kedua-dua PDK bermula 6hb Feb 2011.













Sila klik halaman sebelah untuk maklumat lanjut berkenaan pengstrukturan ini.