Jumaat, 31 Ogos 2012

PERJUMPAAN HARI RAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Pada 29hb Ogos 2012 yang lalu, PDK Insani mengadakan satu program Perjumpaan Hari raya di PDK Insani. Pada hari itu juga diadakan Majlis Hari Raya dan Hari Lahir Pelatih yang lahir pada bulan April hingga Ogos. Majlis Hari Lahir ini diadakan secara kecil-kecilan sahaja.
Pada Perjumpaan Harii Raya yang diadakan khas untuk ibu bapa pelatih, Jawatankuasa PDK juga mengadakan perbincangan beberapa isu berkaitan PDK. Di samping itu, dialog dengan ibu bapa juga diselitkan bagi memberi peluang ibu bertanyakan apa-apa masalah.
Program Perjumpaan Hari raya ini turut dihadiri oleh PKMJ, Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh, Penyelaras PDK iaitu Pn. Sharifah Yusoff dan Mantan Penyelaras PDK: En. Aman Md Bakri.













































ADVOKASI DIRI RAMADAN: PROGRAM SEHARI DALAM BULAN RAMADAN
Program Berbuka Puasa bersama Pelatih PDK dan Anak yatim telah diadakan pada bulan Ramadan yang lalu. Program ini adalah program kumpulan advokasi yang duduk di PDK seharian untuk menjalani ibadat puasa dan beramal. ‎
Tujuan Program ini ialah:
1.‎ Memberi peluang kepada insan istimewa (OKU) membuat ‎keputusan dalam dirinya semasa diri dalam keadaan lapar dan ‎dahaga.‎
‎2.‎ Memberi peluang menjalani suasana berpuasa sepenuhnya ‎atas kehendak diri dan merasai kenikmatan berpuasa.‎
‎3.‎ Membentuk insan yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih ‎kepada Yang Maha Esa.‎
‎4.‎ Mewujudkan jiwa keikhlasan, keredhaan dan kemanisan dalam ‎bulan yang penuh berkat.‎
‎5.‎ Meraikan Insan Kurang Upaya dalam program keagamaan yang ‎memberi pulangan keinsafan dan ketakwaan.‎
.‎












Selasa, 10 Julai 2012

HARI KEUARGA PDK INSANI

Baru-baru ini, 23hb. Jun 2012, bertempat di Pantai Perkasa, Melawi Bachok, PDK Insani telah mengadakan Program Hari Keluarga. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim antara  ahli keluarga pelatih-pelatih dan Jawatankuasa. Seramai lebih 100 orang telah hadir untuk menyertai pelbagai acara yang diadakan.

Antara acara yang diadakan ialah sukaneka, mencari harta karun dan meneka berat buah. Semua ahli Jawatankuasa, Penyelia, Petugas dan ibu bapa serta pelatih datang untuk sama-sama meraikan program.

Program seumpama ini sangat baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silatulrahim. Program ini juga satu proses pemulihan yang berkesan untuk pelatih merasa sendiri suasana perkelahan dan tempat terbuka.









Jumaat, 20 April 2012

Sepetang Bersama Insan Istimewa

Sepatang Bersama Insan Istimewa adalah suatu program terbaru PDK bulan April. Ianya diadakan pada 18/4/2012 di Ladang Jagung En. Zulkefeli Rani, Pengerusi PDK Temangan. Program ini membabitkan PDK Insani dan PDK Temangan atas jemputan En. Zulkefeli. Beliau bermurah hati menyumbangkan 300 tongkol jagung dari ladangnya untuk dibakar, direbus dan dibuat bubur. Selain jagung. laksa, dadih dan keropok dihidangkan untuk semua yang datang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silatulrahim antara PDK dan masayarakat. Program ini juga memberi peluang kepada pelatih PDK berada di ladang jagung dan melihat sendiri pokok jagung dan bagaimana ianya dipetik dan diproses menjadi makanan mereka. Bagi pihak En. Zulkefeli, program ini sebahagian kerja-kerja amalnya dan menandakan kesyukuran di atas hasil tanaman jagung yang memberi rezeki yang lumayan pada keluarganya.
Sementara menunggu jagung dibakar dan direbus, beberapa acara sukaneka diadakan untuk pelatih PDK dan juga tetamu yang datang di ladang En. Zulkefeli yang seluas lebih 7 ekar itu.
Selain pelatih PDK dan warganya, anak-anak yatim dari Asrama Bakti Machang juga turut diraikan dalam program tersebut. Beberapa orang staf dari pejabat Peladang kawasan, FAMA dan Pejabat Pertanian turut hadir menyerikan majlis. Pengerusi PDK Insani, Mohd Razali Md Din tidak ketinggalan menyertai program anjuran dua PDK ini.
Program yang bermula jam 2 petang berakhir pada jam 4.30 petang.
Semoga bertambah murah dan diberkati rezeki Pakcu Li (Nama glamour En. Zulkefeli). Amen!!














Isnin, 9 Januari 2012

Pertandingan Bakat OKU

Pada 28hb Disember 2011 yang lalu, satu pertandingan Bakat OKU telah diadakan di Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan. Pertandingan ini disertai oleh PDK-PDK yang mewakili 10 jajahan di Kelantan. Kategori pertandingan ialah Nyanyian Solo, Nyanyian Duet dan Kumpulan (Pentomin).
PDK-PDK Jajahan Machang, yang turut disertai oleh PDK Insani, PDK Temangan dan PDK Pulai Chondong telah memilih pentomin yang berjodol "Usah dibezakan diri ini.." dan mendapat Johan kategori kumpulan. Acara Nyanyian Solo juga yang diwakili pelatih PDK Bandar Machang, Nik Aimi Azlin Nik Abdullah juga mendapat tempat pertama. Acara duet tidak disertai.
Jajahan Machang juga memenangi Johan Keseluruhan yang membolot hadiah RM1000.00. Johan kumpulan membawa pulang hadiah RM500.00 dan Johan acara solo RM250.00.
Kejayaan ini adalah berkat kerjasama yang dijalinkan antara PDK-PDk di jajahan Machang terutama PDK Insani, PDK Temangan dan PDK Pulai Chondong. Kesungguhan Pengerusi, Penyelia dan Petugas serta pelatih PDK amatlah dikagumi dan mudah-mudahan ianya berkekalan. Dengan kejayaan ini, PDK Jajahan Machang telah menjuarai acara Kumpulan dan Johan Keseluruhan sebanyak 3 kali iaitu tahun 2008, 2009 dan 2011.
Tuan Pengarah telah sudi hadir untuk merasmikan Perasmian Penutup dan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. Turut hadir, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian OKU iaitu Pn. Rohayati dan Penyelaras PDK Negeri, Pn. Nor'asikin Hamzah.






Ahad, 30 Oktober 2011

Sukaneka & Perkelahan Silatulrahim

PDK-PDK jajahan Machang telah mengadakan program bersama iaitu Sukaneka dan Perkelahan Silatulrahim di sebuah resort di Pantai Sri Tujuh pada 29hb. Oktober 2011 baru-baru ini. Seramai 145 orang peserta telah sama-sama menyertai program ini.

Program ini merupakan satu aktiviti luar khas untuk pelatih PDK. Program ini diadakan secara bergabung semua PDK di jajahan Machang bagi mewujud dan mengukuhkan kerjasama dalam setiap program dengan matlamat yang sama iaitu pemulihan pelatih PDK menerusi program riadah dan sukan.

Objektif program ini antara lain ialah:

i) Untuk memberi peluang pelatih PDK menikmati dan merasai suasana perkelahan.

ii) Sebagai satu cara pemulihan dan perkembangan ‘advokasi’ pelatih PDK.

iii) Untuk membina satu ikatan persahabatan (Silatulrahim) antara PDK-PDK Jajahan Machang.

Antara acara yang diadakan ialah: Senamrobik, sukaneka seperti, Punggah Pasir, Hantar Bekalan Air, Semakin Jauh Semakin Sayang, Bahasa Isyarat, Kupas Kulit Epal, Dart, Bowling Kelapa dan teka biji betik.

Selain Pelatih PDK, pengerusi, AJK dan staf JKM juga terlibat dalam acara yang disediakan.

Perasmian penutup dilakukan oleh PKMJ Machang iaitu Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh. Penyelaras PDK Machang, En Aman Bakri juga turut hadir.