Sabtu, 19 Januari 2013

Kejohanan Sukan Special Olympics 2013


Kejohanan Sukan Special Olympics peringkat negeri Kelantan telah diadakan pada 15, 16 dan 17 Januari 2013 yang lalu di Kompleks Sukan Panji, Kota Bharu. Ianya disertai oleh seluruh PDK Negeri Kelantan. Kejohanan ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan OKU Negeri Kelantan yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan iaitu Ybrs. Puan Rosyayati Omar. 
 
Kejohanan Sukan Special Olympics 2013 dirasmikan dengan sempurnanya oleh Pengarah JKM Negeri Kelantan, Yabrs. En Md Noor Bin Chik dan Majlis Penutup pula dilakukan oleh Timbalan Pengarah JKM Kelantan, Ybrs. En Norazaman Ab. Manaf.


 
Semua peserta termasuk Atlet, Jurulatih, Sukarelawan dan Pengerusi serta AJK berkampung selama tiga hari di sebuah hotel terkemuka di tepi sungai Kelantan.

Antara acara-acara yang diadakan ialah acara 100 meter, 200 meter 4x100 meter, lontar peluru, lompat berdiri, lompat jauh, boccee, bowling dan bola 5 sebelah. Sebanyak 27 pingat emas dipertandingkan.
 
Kejohanan sukan  ini dimenangi oleh PDK Jajahan Pasir Puteh yang mengungguli 9 pingat emas, 2 perak, tempat kedua Pasir Mas dengan pungutan sebanyak 4 pingat emas dan 5 gangsa. Manakala PDK Jajahan Machang tempat ketiga dengan 3 pingat emas, 6 perak dan 3 gangsa.
 
Turut hadir sepanjang kejohanan ini ialah Yang Dipertua Majlis Pengerusi-Pengerusi PDK Kelantan iaitu Mejar Jeneral Dato' Paduka Ghazali Ibrahim (B). Beliau juga mengarahkan acara Majlis Perasmian dengan jayanya.

Kontijen PDK-PDK Jajahan Machang diketuai oleh Penyelaras PDK Jajahan Machang iaitu Pn. Sharifah Yusoff dan disertai seramai 15 orang atlet, 5 sukarelawan dan 3 jurulatih.

Pemenang-pemenang dalam kejohanan ini akan mewakili Kelantan ke Kejohanan Sukan Special Olympics peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac ini di Kuantan, Pahang.




 
 

 

 



 



 







 
 

Rabu, 5 Disember 2012

SAMBUTAN HARI OKU 2012

Sambutan Hari OKU peringkat Kebangsaan 2012 telah diadakan pada 3hb Disember 2012 di Anjung Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato. Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga. PDK Insani turut dijemput oleh JKM Kelantan sebagai anggota kontijen Kelantan untuk meraikan majlis ini.





Seramai 3 orang pelatih dan seorang pengiring dari PDK Insani dipilih ke sambutan yang dikhaskan untuk warga OKU. Bas JKM Kelantan digunakan untuk membawa kontijen dari Kelantan. Selain PDK Insani, PDK Wakaf Bharu, PDK Guchil, PDK Manik Urai, PDK Bertam Baru dan ahli Persatuan Insani turut dijemput bersama mengikuti rombongan ke sambutan Hari OKU 2012 itu.
















 Majlis sambutan turut diserikan dengan persembahan oleh OKU dalam bentuk nyanyian, seksta dan sebagainya. Astis sedang popular, Najwa Latif turut diundang untuk mempersembahkan dua buah lagu topnya iaitu 'Kosong' dan "Cinta Muka Buuku".





 Pada masjlis yang penuh gemilang itu, YB Dato' Noriah turut melancarkan SMOKU (Sistem pengurusan Maklumat OKU).

Pelatih PDK Insani dan Pengiring turut bergambar kenangan dengan YB Dato' Noriah Kasnon sebelum beliau meninggalkan majlis pada petang hari tersebut.

Selasa, 18 September 2012

Lawatan Persahabatan Ke Kuala Muda


Kumpulan Advokasi Diri Darulnaim Voice Club (DVC) telah mengadakan lawatan persahabatan ke Kuala Muda Kedah pada 9 dan 10 September 2012 yang lalu. Gabungan 4 PDK jajahan Machang itu turut mengadakan Perlawanan Persahabatan Futsal.

Selain itu, Kumpulan DVC juga mengadakan lawatan ke Bengkel Daya Sungai Petani. Penyokong yang terdiri daripada Penyelia dan Petugas turut ikut serta termasuk Pengerusi PDK Insani, Pengerusi PDK Pulai Chondong, Pengerusi PDK Temangan dan Timbalan Pengerusi PDK Bandar Machang, Penyelaras PDK jajahan Machang En Aman Md Bakri dan Pembantu Kebajikan, Mohd Jumaatul Hisyam tidak ketinggalan menyertai lawatan yang memberi input yang berguna kepada semua peserta. Jumlah peserta semuanya seramai 35 orang.

Lawatan ini diraikan oleh PKMD Kuala Muda iaitu En. Mohamad.















Perlawanan Futsal Pelatih Lelaki DVC menang ke atas Kuala Muda 3-0














Perlawanan Futsal Pelatih Perempuan kumpulan DVC kalah 4-0 kepada kumpulan Futsal pelatih perempuan Kuala Muda






Perlawanan Belon Tampar Duduk dimenangi DVC.