Isnin, 26 Oktober 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR



Program yang memberi kegembiraan kepada pelatih apabila hari kelahiran mereka diraikan dalam satu majlis yang diserikan dengan pelbagai  juadah dan lain-lain. Pelatih PDK yang terpilih untuk diraikan dalam majlis kali ini adalah mereka yang lahir pada bulan April, Mei, Jun, Julai, Ogos dan September. Pelatih yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac sudah diraikan dan mereka yang lahir bulan Oktober, November dan Disember akan diraikan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Pekerja PDK yang lahir pada bulan yang disebutkan di atas juga akan diraikan bersama.

 OBJEKTIF: 
1. Memberi peluang kepada pelatih PDK menyambut hari lahir bersama kawan-kawan.
2. Menjadikan mereka lebih matang dan rasa dihargai.
3. Mengeratkan persahabatan dan hubungan yang baik dengan Penyelia serta Petugas.

Tarikh  : 30hb. September 2015.
Masa    : 9 Pagi hingga 12.00 tengahari.
              Tempat : PDK Insani.











Pelatih PDK yang sambut hari lahir ialah:
i.                    Aqil bin Ariffin
ii.                  Zainuddin bin Hamid
iii.                Mohd Arif bin Mohd Fauzi
iv.                 Mohd Rozmarizal bin Mohd Roslan
v.                   Ahmad Razin bin Norizan
vi.                 Nik Roslida binti Abdul Rashid
vii.               Nik Akma Zanariah binti Nik Mod
viii.             Zafran Azim bin Zaidi
ix.                Zulbli bin Ahmad

Pekerja PDK yang sambut hari lahir ialah:
i.                    Maziah binti Mansor (Petugas)
ii.                  Raja Azizah binti Raja Yusoff (Petugas)
iii.                Raja Norshamlina binti Raja Bakar (Petugas)
iv.        Nor Riza binti Awi (Pembantu Persegaran)

Khamis, 22 Januari 2015

PROGRAM MEMANCING PDKI

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Insani telah mengadakan program memancing di Kolam Kampung Kemuchup pada 21/1/2015. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12 tengahari.

Pengerusi PDK Insani, Pn Norliza Idris berkata, tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada Pelatih PDK menyertai program yang jarang-jarang golongan ini terlibat. Ada sesetengah pelatih langsung tidak pernah merasai pengalaman memancing. Program ini juga mengenalkan pelatih kepada satu kerjaya iaitu memancing yang boleh mendatangkan pendapatan jika dilakukan bersungguh-sungguh. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan melatih pelatih PDK supaya bersikap sabar dan tabah dalam menghadapi sesuatu situasi.

Program memancing adalah pertama kali dianjurkan oleh Jawatankuasa PDK Insani dan ianya mendapat kerjasama yang baik daripada JKKKP Kg Kemuchup. Pengerusi JKKKP Kg Kemuchup mengalu-alukan pelatih PDK untuk mengadakan program di sini. Selain membiasakan masyarakat dengan OKU, program ini juga diharapkan berjaya sedikit sebanyak memulihkan OKU PDK Insani.

Dalam program ini, dua orang pelatih berjaya menaikkan  ikan keli masing-masing seberat 2 kilogram. Rata-rata pelatih sangat gembira dan teruja menyertai program ini.Semoga di masa akan datang program seumpama ini dapat dijalankan lagi dan di tempat yang lebih mencabar dan menarik.























Jumaat, 19 Disember 2014

MAJLIS MESRA RIA PDK 2014

Majlis Mesra Ria PDK telah diadakan di PDK Insani pada 17-12-2014. Program ini adalah program penutup bagi tahun 2014. Ianya mula diperkenalkan pada tahun ini sebagai program tetap tahunan yang diadakan sebelum PDK bercuti akhir tahun. Idea program ini diilhamkan oleh Pengerusi PDK Insani, Pn. Norliza Idris yang bertujuan menghargai pelatih PDK sepanjang tahun dan merapatkan hubungan silaturahim antara warga PDK, ibu bapa dan JKM.

Antara pengisian yang diadakan dalam Mesra Ria PDk ialah, acara sukaneka dan sebagai pemulaan diadakan dua penyampaian anugerah kepada pelatih yang rajin ke PDK dan pelatih terbaik. Jawatankuaa berpendapat untuk masa akan datang boleh juga diwujudkan anugerah ibu bapa ‘sporting’, petugas cemerlang dan sebagainya.

Pada majlis Mesra Ria PDK kali ini, turut diadakan Majlis Perpisahan untuk PKMJ Machang, Ybrs. Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh yang akan bertukar ke Melaka pada tahun depan. PKMJ yang telah bertugas hampir sembilan tahun di Pejabat Kebajikan Masyarakat Machang di dalam ucapannya turut melahirkan rasa sedih untuk meninggalkan Machang dan PDK Insani sentiasa di hatinya kerana PDK ini paling aktif dan menjalankan aktiviti sehingga ke peringkat negeri.

Turut hadir semasa Mesra Ria PDK ialah Penyelaras PDK Jajahan, Pn. Saripah Jusoh dan beberapa orang staf PKMJ Machang.

Pengerusi PDK Insani, Pn. Norliza Idris berkata, beliau berharap program Mesra Ria PDK akan kekal menjadi acara tahunan dan pengisian bolehlah diberi penambahbaikan dari masa ke semasa. Beliau juga berharap program ini akan lebih meriah pada masa akan datang dan disertai lebih ramai penyertaan ibu bapa dan masyarakat setempat.

Sebelum pulang, pelatih PDK diberi pelbagai hadiah dan cenderahati dan hadiah cabutan bertuah juga turut diadakan untuk ibu bapa dan Jawatankuasa PDK. Uniknya acara Cabutan Bertuah dalam majlis ini  ialah, semua ibu bapa dan Jawatankuasa dikehendaki membeli hadiah dan kemudian dijadikan hadiah cabutan bertuah di kalangan mereka.
Program berakhir pada jam 12.30 tengahari.

(PDK Insani akan bercuti tahunan bermula 25/12/2014 hingga 4/1/2014. PDK Insani akan dibuka semula pada 5/1/2015 seperti biasa.)