Selasa, 25 Oktober 2016

Majlis Raya dan Sambutan Hari Lahir Pelatih

Majlis Hari raya PDK Insani pada tahun ini diadakan serentak dengan Sambutan Hari Lahir pelatih PDK. Program yang memberi kegembiraan kepada pelatih apabila hari kelahiran mereka diraikan dalam satu majlis yang diserikan dengan pelbagai  juadah dan lain-lain ini adalah satu bentuk pemulihan secara “psikologi”. Pelatih PDK yang terpilih untuk diraikan dalam majlis kali ini adalah mereka yang lahir pada bulan April, Mei, Jun dan Julai. Serentak dengan itu, diselitkan juga Majlis Hari Raya yang dihadiri ibu bapa penjaga, Jawatankuasa, PKMJ dan penduduk setempat.

Tujuan Program:
1.1     Untuk merapatkan silatulrahim sesama warga PDK dan masyarakat
1.2     Salah satu program pemulihan untuk pelajar-pelajar  PDK berinteraksi dengan masyarakat.
1.3     Untuk meningkatkan kerjasama Jawatankuasa, Pekerja PDk dan ibubapa menjayakan program.
1.4     Bagi menjayakan program bermaaf-maafan dan menghayati suasana Hari raya.

























Mesyuarat Agung PDK Insani ke 11

Mesyuarat Agung Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Insani telah berlangsung pada 19hb Mei 2016 jam dua petang di PDK Insani. Mesyuarat kali ini adalah Mesyuarat Agung Pemilihan Jawatankuasa PDK yang baru. Pada mesyuarat ini mantan pengerusi Pn Norliza Idris secara sukarela memberi laluan kepada muka baru. Dalam proses pemilihan yang dihadiri wakil PKMJ Machang, En. Mohd Idrus Zulkfly, Pn Noormah Mohd Noor telah dipilih sebagai Pengerusi baru.

Dalam ucapannya, Pn Noormah berharap semua AJK yang turut dilantik hari itu yang terdiri gabungan muka lama dan baru dapat bekerjasama untuk memajukan PDK Insani. Beliau juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan pengerusi yang banyak berbakti dan membantu kejayaan PDK Insani.













Selasa, 10 Mei 2016

LAWATAN PELAJAR PERUBATAN HUSM

PDK Insani hari ini, 10 May 2016 telah menerima kedatangan rombongan pelajar Perubatan dari HUSM untuk program mereka Lawatan Sambil Belajar. Rombongan ini terdiri daripada 17 orang Pelajar perubatan tahun 2 program komuniti dan kes keluarga dan diiringi tiga orang pegawai antaranya Dr Azriani Ab Rahman. 

Sepanjang berada di PDK Insani, mereka diberi taklimat berkaitan Jawatankuasa  PDK oleh Pengerusi PDK iaitu Pn Norliza Idris. Manakala taklimat berkaitan Pengurusan dan Pelatih PDK disampaikan oleh Penyelia PDK Insani, Pn Rohimah Safein.

Pelajar Perubatan ini berpeluang bertanya soalan dan turut mendampingi pelatih dan melihat aktiviti mereka di PDK.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi PDK Insani berharap kedatangan rombongan ini mendapat input dan ilmu serta pengalaman berkaitan pengajian mereka. Pengerusi juga turut berasa bangga kerana, walaupun PDK Insani berada di ceruk desa, pelajar-pelajar yang bakal bergelar doktor ini sudi datang dan melawat PDK Insani. Mudah-mudahan kesudian ini akan berterusan dan turut diikuti oleh orang lain pula sambil bertukar-tukar fikiran dan pandangan demi kebaikan bersama.




Pengerusi sedang memberi taklimat PDK






Pn Saripah yang mewakili PKMJ menyampaikan ucapan.



Peserta rombongan




Ketua rombongan menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi

Peserta bergambar bersama pelatih