Program Tautan Kasih PPDKI dan perjumpaan jawatankuasa yang diadakan pada 26/02/2020 di PPDK Insani. Program meraikan pelatih ini diserikan dengan kehadiran Puan Suzieyaty Siyude, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Machang. Pengerusi PPDK Insani Pn Noormah Mohd Noor turut hadir memeriahkan majlis.
Sepanjang pelatih OKU berada di PPDK, bermacam program
pemulihan dan aktiviti dilaksanakan. Pelatih mengikuti setiap program dengan
bantuan Penyelia dan Petugas untuk memastikan keberkesanan setiap aktiviti yang
dijalankan.
Dalam pada itu, pelbagai karenah dan kesukaran dihadapi oleh
Pelatih tetapi itu bukan alasan untuk gagal dalam pemulihan yang dijalankan.
Kesabaran dan komitmen yang diberikan serta kombinasi sepakat antara Penyelia,
Petugas, Jawatankuasa dan PKMJ mampu memberi hasil yang memuaskan.
Demikian antara tujuan program ini diadakan.
















































Pada 21/02/2018 (Rabu) bertempat di PPDK Permata Hati Bandar Machang, satu mini Bengkel Pengurusan Aset diadakan yang melibatkan Penyelia, Petugas dan AJK PPDK jajahan Machang. Bengkel diadakan bertujuan memberi kefahaman berkenaan aset dan menanam sikap bertanggungjawab di kalangan warga PPDK terhadap harta-harta yang ada di premis masing-masing.







