Khamis, 19 Mac 2009

Kursus Asah Advokasi Diri

Kursus Asah Advokasi Diri diadakan pada 8 - 9 Mac 2009 yang lalu di Sweet Beach Resort, Tok Bali. Kursus ini diaajurkan oleh PDK Insani dan PDK Temangan dengan kerjasama JKM Machang. Seramai 70 peserta mengikuti kursus ini termasuk wakil PDK Jajahan di Kelantan kecuali Pasir Puteh dan Pasir Mas yang tidak menghantar wakil.

Kursus ini diadakan untuk merangsang pelajar di samping memberi pengetahuan kepada Petugas PDK, Jawatankuasa dan ibubapa berkenaan Advokasi Diri.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Yabrs Tuan Pengarah JKM Kelantan yang hadir bersama isteri untuk memberi sokongan. Kami warga PDK mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Tuan Pengarah mengabaikan masa rehatnya untuk hadir ke majlis kami.

Sakiskan beberapa foto yang sempat kami siarkan di sini untuk tatapan.......... Ini gambar mesyuarat akhir pembentangan kertas kerja kursus Asah Advokasi Diri yang diadakan di PDK Temangan pada 4 Mac 2009.















Kursus Asah Advokasi Diri ini akan ada kesinambungannya dalam bentuk, corak dan pendekatan yang amat berlainan...... Semuanya dalam perancangan..... Sekarang kertas kerja sedang disiapkan untuk mendapatkan laluan seterusnya.... Tunggulah...............!

Sabtu, 14 Mac 2009

Foto Persidangan Advokasi ke-3

Pada 16 - 19 Feb 2009, PDK Insani menyertai Persidangan Advokasi Kali Ketiga di Pulau Pinang anjuran Mutiara Voice Club. PDK Insani diwakili seramai 4 orang iaitu Pengerusi PDK Insani: En. Mohd Razali Md Din, Petugas Pn. Rohimah Safein, dan dua pelajar iaitu Mohd Izwan Mat Seman dan Khairunnisa Ahmad. Persidangan selama 4 hari itu diisi dengan pelbagai acara. Banyak yang dapat diperolehi dari persidangan itu. Ucaptama dilakukan oleh Ybhg. Dato' Zaid Ibrahim. Lawatan diadakan di Bukit Bendera............





















Foto Sekitar Lawatan Takasimaya

Program Lawatan Mesra - Oleh Syarikat Takasyimaya - Syarikat pembuat Penggera Kereta cawangan Kelantan pada 13 Feb 2009 yang lalu. Berikut adalah foto peristiwa.....




Ahad, 1 Mac 2009

Program PDK Bulan Feb

Atas beberapa masalh teknikal, blog PDK Insani tidak dapat berfungsi buat seketika. Dan dalam masa itulah beberapa program PDK Insani berlangsung.

Program tersebut ialah: Pada 13 Feb 2009 - Lawatan sebuah syarikat pembuat Penggera Kenderaan cawangan Kelantan iaitu Takasimaya. Program yang diberi nama Lawatan Mesra itu disertai oleh 25 orang pekerja syarikat berkenaan.

Dalam lawatan itu, mereka menyumbangkan hamper dan cenderahati untuk pelajar dan Petugas serta AJK.

Pihak PDK Insani mengucapkan berbanyak terima kasih.

Kemudian pada 16 hingga 19 Feb 2009 Pengerusi dan Petugas Pn. Rohimah Safein serta dua orang pelatih (Khairunnisa Ahmad dan Mohd Izwan Seman) menyertai Persidangan Advokasi Diri Kali Ketiga di Pulau Pinang. Turut serta Penyelia dan Pelajar PDK Temangan iaitu Tengku Nor Hidayu dan Nor Hidayah Md Zin.

Banyak ilmu yang dapat ditimba dalam persidangan itu.

Foto akan menyusul kemudian.

Khamis, 29 Januari 2009

Pelajar PDK Gotong-royong Pula!

Kelmarin, Petugas, AJK, ibubapa dan staf JKM mengadakan gotong royong dan hari ini 28.1.09 pelajar PDK pula menyambung tugas membersihkan kawasan tersebut. Kebetulan hari Rabu adalah hari di mana pelajar menjalankan aktiviti luar darjah. Dan kebetulan juga pukul 9.30 sukarelawan Jepun, Yoshie Dan dan Yumiko datang bertandang untuk bertemu Pengerusi bagi membincangkan kursus advokasi. (Kursus itu dicadangkan oleh Pengerusi untuk diadakan tidak lama lagi di salah satu resort, mungkin bergabung dengan PDK Temangan)

Pelajar PDK begitu rajin menjalankan kerja-kerja gotong royong membersihkan kawasan dengan kerjasama petugas. Nampaknya mereka sangat berminat melakukan kerja begitu. Beberapa orang kampung yang melalui kawasan PDK memuji perubahan pelajar yang sudah boleh menjalankan kerja-kerja orang normal. Mudah-mudahan para pelajar / pelatih akan mampu berdikari dan menjalani kehidaupan seperti orang lain. Itulah yang diharapkan.

Saksikan gambar sekitar hari tersebut.










Lepas ini projek Ikan Keli.....

Selasa, 27 Januari 2009

Program Gotong-royong


Pada 26 Januari 2009 yang lalu PDK Insani mengadakan Program gotong royong membersihkan kawasan untuk projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas. Program ini melibatkan petugas PDK, ahli jawatankuasa, ibubapa dan staf JKM Machang sahaja. Tarikh ini sepatutnya bubur asyura diadakan tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal, program ini tidak dapat dilaksanakan dan sebagai gantinya (serta kebetulan pula) program gotong-royong diadakan.


Sebelum program bermula, pada pukul 12 tengahari petugas dan ibubapa menyediakan makanan. Pukul 2 petang, kerja-kerja membersihkan kawasan dimulakan.














Walaupun tidak ramai yang hadir tetapi mereka yang datang bergading bahu membersihkan kawasan dengan bersemangat sekali. Tiga orang staf JKM Machang terutama lelaki turut sama bermandi peluh bersama AJK dan ibubapa serta petugas.
Kawasan yang dibersihkan ini akan dijadikan tapak ternakan ikan keli dalam kanvas yang mana projek ini akan dikendalikan oleh pelajar-pelajar yang terpilih dengan diselia oleh petugas-petugas PDK Insani serta dipantau oleh Jawatankuasa. Apa yang diharapkan pelajar-pelajar PDK dapat berdikari dan menjana sumber pendapatan.













Selepas penat menjalankan kerja masing-masing, pada penghujung program sedikit jamuan ringan disediakan untuk para 'sukarelawan' .


Keseluruhannya program gotong-royong ini berjaya tetapi terkilannya tidak ramai yang hadir walaupun dijemput dengan surat. (Agaknya konsep gotong-royong zaman siber ini semakin hilang semangatnya... )

Cuma apa yang diharapkan, marilah kita sama-sama berdoa agar projek ini berjaya untuk dikendalikan oleh anak-anak istimewa kita...pelajar PDK Insani....