Sabtu, 9 Mei 2009

Seminar Keibubapaan

Gabungan 4 buah PDK Jajahan Machang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Machang telah mengadakan satu seminar yang diberi nama Seminar Keibubapaan. Ianya diadakan pada 2 Mei 2009 yang lalu di Dewan A, Institut Pengurusan Peladang Ins, Bukit Belah, Machang, Kelantan. Seramai 160 orang peserta mengikuti seminar ini yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga pelatih-pelatih PDK Jajahan Machang iaitu PDK Bandar Machang, PDK Insani, PDK Temangan dan PDK Pulai Chondong.

Objektif seminar:

i) Memberi peluang kepada ibubapa memahami permasalahan mempunyai anak istimewa.
ii) Memberi kefahaman tentang penjagaan, pemulihan dan pencegahan yang dapat dilaksanakan oleh ibubapa.
iii) Memberi peluang kepada ibubapa mendapat penjelasan mengenai kerjaya, masa depan dan keistimewaan anak-anak istimewa.
iv) Supaya ibubapa menyedari bahawa program pemulihan di PDK adalah memerlukan penghlibatan semua pihak.

Antara penceramah yang dijemput ialah: Prof. Dr. Zabidi Azhar Mohd Hussin -Pakar Pediatrik Neurologi HUSM, Ustaz Suratemi Mat Yusoff-Pegawai Agama Kota Bharu dan Wan Mohd Asrulsani Wan Hamzah dari JKM Negeri Kelantan.

Acara Perasmian Penutup dilakukan oleh Ybrs. En. Che Ngah, Timbalan Pengarah JKM Negeri yang mewakili Pengarah JKM Negeri Kelantan.

Foto-fotonya...






Demikian la....

Ahad, 3 Mei 2009

Lawatan Ke Perak

Pada 15 dan 16 April lepas, satu lawatan sambil Belajar Jawtankuasa, Petugas dan Peserta Advokasi mengadakan lawatan ke Negeri Perak dan ke Cameron Hingland. Turut serta dalam lawatan ini ialah Jawatankuasa, Petugas dan Peserta Advokasi PDK Temangan.

Tujuan lawatan adalah bertukar-tukar fikiran dan mencari pengalaman dalam bidang ternakan ikan keli.

Kami menggunakan khidmat Bas JKM Negeri Kelantan. Dalam perjalanan pulang kami semua singgah di Cameron Highland untuk melihat tanaman segar dan membeli belah.

Saksikan foto-foto lawatan tersebut nanti.......





Demikian antaranya..... Jauh berjalan luas pandangan....

Ahad, 12 April 2009

Mesyuarat Jawatankuasa kali ke-1/09

Mesyuarat AJK kali pertama pada tahun 2009 diadakan di PDK Insani pada 3 April 2009. Ianya turut dihadiri oleh PKMD - YM Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh dan Penyelaras PDK Jajahan Machang, Pn. Ratna Mahsuri Mohd Nor.

Dalam Mesyuarat tersebut, beberapa usul diluluskan. Antara yang diluluskan ialah Program Lawatan sambil Belajar Jawatankuasa, Petugas dan Peserta Advokasi ke Negeri Perak. Selain itu, projek ikan keli akan dibesarkan dan Taman Botani akan diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar bekerja dan berdikari.

Untuk pertama kali juga dalam mesyuarat ini dua orang wakil pelajar iaitu peserta Advokasi, Cik Khairunnisa Ahmad dan En. Mohd Najib Mohd Nor turut dijemput menghadiri mesyuarat dan serentak dengan itu dilantik sebagai AJK dilantik.

Khamis, 19 Mac 2009

Kursus Asah Advokasi Diri

Kursus Asah Advokasi Diri diadakan pada 8 - 9 Mac 2009 yang lalu di Sweet Beach Resort, Tok Bali. Kursus ini diaajurkan oleh PDK Insani dan PDK Temangan dengan kerjasama JKM Machang. Seramai 70 peserta mengikuti kursus ini termasuk wakil PDK Jajahan di Kelantan kecuali Pasir Puteh dan Pasir Mas yang tidak menghantar wakil.

Kursus ini diadakan untuk merangsang pelajar di samping memberi pengetahuan kepada Petugas PDK, Jawatankuasa dan ibubapa berkenaan Advokasi Diri.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Yabrs Tuan Pengarah JKM Kelantan yang hadir bersama isteri untuk memberi sokongan. Kami warga PDK mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Tuan Pengarah mengabaikan masa rehatnya untuk hadir ke majlis kami.

Sakiskan beberapa foto yang sempat kami siarkan di sini untuk tatapan.......... Ini gambar mesyuarat akhir pembentangan kertas kerja kursus Asah Advokasi Diri yang diadakan di PDK Temangan pada 4 Mac 2009.















Kursus Asah Advokasi Diri ini akan ada kesinambungannya dalam bentuk, corak dan pendekatan yang amat berlainan...... Semuanya dalam perancangan..... Sekarang kertas kerja sedang disiapkan untuk mendapatkan laluan seterusnya.... Tunggulah...............!

Sabtu, 14 Mac 2009

Foto Persidangan Advokasi ke-3

Pada 16 - 19 Feb 2009, PDK Insani menyertai Persidangan Advokasi Kali Ketiga di Pulau Pinang anjuran Mutiara Voice Club. PDK Insani diwakili seramai 4 orang iaitu Pengerusi PDK Insani: En. Mohd Razali Md Din, Petugas Pn. Rohimah Safein, dan dua pelajar iaitu Mohd Izwan Mat Seman dan Khairunnisa Ahmad. Persidangan selama 4 hari itu diisi dengan pelbagai acara. Banyak yang dapat diperolehi dari persidangan itu. Ucaptama dilakukan oleh Ybhg. Dato' Zaid Ibrahim. Lawatan diadakan di Bukit Bendera............