Selasa, 13 Oktober 2009

Majlis Hari Raya PDK Insani 09

Majlis Hari Raya PDK Insani diadakan pada 8 Oktober 2009 bersamaan 19 Syawal 1430H. Program ini disertai semua ibubapa pelatih, AJK dan penduduk komuniti berhampiran. Majlis ini turut menjemput warga PDK-PDK Jajahan Machang. Tetamu istimewa ialah PKMJ dan Penyelaras PDK Machang. Turut hadir staf JKM Machang dan Petugas PDK Kawasan Kota Bharu bersama penyelarasnya.

Para AJK dan Petugas PDK bertungkus lumus menyiapkan juadah dan persiapan tempat bermula dua hari sebelum majlis.

Tujuan utama program ini ialah:
i) Untuk merapatkan silatulrahim sesama warga PDK dengan JKM, dan Penduduk komuniti.
ii) Salah satu program pemulihan untuk pelajar-pelajar PDK berinteraksi dengan masyarakat.
iii) Untuk mengaktifkan PDK .
iv) Untuk meningkatkan kerjasama Jawatankuasa, Pekerja PDk dan ibubapa menjayakan program.
v) Bagi menjayakan program bermaaf-maafan dan menghayati suasana Hari raya.

















Khamis, 8 Oktober 2009

Program Penawar Bersama OKU PDK

Penawar- Badan amal isteri wakil rakyat dengan kerjasama Uitm dan JKM Negeri Kelantan mengadakan program untuk meraikan OKU PDK. Seramai 80 orang OKU di PDK jajahan Tanah Merah dan Machang terlibat dalam program ini yang diadakan di Dewan Professional UiTM cawangan Machang. Penjaga pelatih OKU juga turut serta.

Semasa program tersebut, PDK jajahan Machang diminta membuat persembahan dan sekali lagi Ulit MayangVersi PDK dipentaskan. Latihan yang cuma diadakan dalam masa dua hari. Mujurlah pelatih PDK masih ingat taridrama itu walaupun sudah hampir setahun ianya berlalu.

Pengerusi Penawar Datin Seri Kamarzan hadir menyerikan majlis dan menyampaikan sumbangan kepada semua OKU. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah JKM Negeri Kelantan.






Rabu, 16 September 2009

PROGRAM TAUTAN KASIH

Program Tautan Kasih bersama warga PDK Kelantan dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan OKU yang diserikan dengan kehadiran Pengarah JKM Negeri Kelantan. Ianya diadakan di sebuah hotel terkemuka di Jalan Sultanah Zainab Kota Bharu.

Majlis bermula pada pukul 4.30 petang dengan penyampaian sumbangan kepada OKU dan tazkirah oleh Ybhg. Ustaz Saibon Ismail sebelum tibanya waktu berbuka puasa.

Semua Penyelaras, Penyelia, Petugas dan Pelatih PDK terpilih menghadiri program tersebut yang berakhir pada pukul 8.00 malam.








Sabtu, 22 Ogos 2009

PENYERAGAMAN PENGURUSAN DUA PDK

Penyeragaman pengurusan dan petadbiran PDK yang dibincangkan pada hari ini ialah peraturan-peraturan yang tidak terdapat dalam buku pengurusan yang dikeluarkan oleh JKM. Tujuan penyelarasan ini adalah untuk menyeragamkan peraturan dua PDK iaitu PDK Insani dan PDK Temangan supaya tidak timbul sebarang perbezaan pentadbiran. Kerjasama ini sangat menguntungkan kedua pihak.

Peraturan-peraturan ini sangat penting untuk memberi satu garis panduan yang berkesan untuk menambahbaikkan PDK dalam mengendalikan program pemulihan pelatih-pelatih istimewa.

Garis panduan yang dikeluarkan oleh JKM adalah dasar utama yang perlu diikuti. Walau bagaimanapun, ada beberapa sudut perlukan penambahbaikkan terutama dalam aspek pengurusan dan pentadbiran serta petugas-petugas PDK. Tambahan ini bukan bermakna garis panduan yang dikeluarkan oleh JKM tidak cukup sesuai. Sebenarnya, kalau kita tidak menambah apa-apa dalam garis panduan ini, kita masih boleh bergerak dengan selesa untuk menjalankan aktiviti PDK. Penambahan garis panduan ini ibarat rempah tambahan atau kalau dalam hidangan ianya adalah hiasan.

Turut hadir ialah Pegawai JKM Machang (YM Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh) dan Penyelaras PDK Machang (Pn. Ratna Mahsuri Mohd Nor). Dalam ucapan PKMJ, beliau memuji usaha ini sebagai memantapkan pentadbiran PDK.

Sempena dengan program ini diadakan juga penyampaian surat perlantikan Ahli Jawatankuasa dua PDK dan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Mantan Pengerusi PDK Temangan iaitu En. Abdullah Yaacob.

Semua yang hadir kemudiannya menikmati hidangan nasi lemak berlaukkan puyuh.