
Jumaat, 21 Januari 2011
Seminar Pemantapan Tanggungjawab...

Khamis, 13 Januari 2011
Pembaharuan di PDK Insani 2011
Suasana agak meriah sedikit dengan pelbagai telatah mereka. Pelatih di rumah masih kekal 6 orang. Jumlah pelatih yang berdaftar dengan PDK Insani setakat ini berjumlah 34 orang setelah tiga orang berpindah ke Sekolah Pendidikan Khas pada tahun lepas.
Tahun ini juga beberapa struktur program pemulihan diubahsuai bagi memantapkan lagi keberkesanannya. Pengerusi PDK Insani bersama Penyelia dan Petugas berbincang dan merumuskan beberapa perkara untuk dipraktikkan bermula pada 1.2.2011 ini.
Antara perubahan terbaru ialah mengadakan kumpulan Latihan Vokasional untuk pelatih yang terpilih dan sesi petang untuk Pelatih yang boleh berdikari menjalankan projek menjana pendapatan. Penyelia dan Petugas selepas ini akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelatih yang diletakkan dalam lima kumpulan. Hanya satu kumpulan akademik yang akan diadakan iaitu untuk pelatih yang boleh menulis dan membaca. Kumpulan lain akan menumpukan kepada program pemulihan urus diri dan vokasional serta berdikari.
Rabu, 5 Januari 2011
MAKLUMAN
Lawatan & Sumbangan ke PDK Temangan
Pada 5hb. Januari 2011, sekumpulan warga PDK Selayang seramai 12 orang telah datang melawat PDK Temangan (di premis sementara) sebagai tanda simpati di atas bencana kebakaran yang menimpa tahun lalu. Antara yang hadir Naib Pengerusi, En Yusof, Penyelia Pn. Noraini Othman dan wakil JKM Gombak serta petugas-petugas.Selasa, 16 November 2010
Program Membuat Ketupat
Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha, warga PDK Insani, Kg. Raja, Machang telah mengadakan program membuat dan memasak ketupat. Program ini diadakan di PDK Insani pada 16hb.November 2010 yang lalu. Semua Petugas bersama-sama pelatih PDK bergotong royong menyediakan juadah tradisional yang sangat popular dimakan pada setiap pagi raya.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan yang lebih berkesan kepada pelatih bagi merasai sendiri bagaimana ketupat dibuat dan seterusnya dimasak untuk dijadikan salah hidangan di hari raya. Selain itu, program ini dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan petugas, pelatih PDK dan AJK PDK Insani. Turut serta dalam program ini ialah pelajar Masterskil yang sedang membuat Praktikal Fisioterapi di sini.
Walaupun proses membuat ketupat memakan masa dan memenatkan tetapi ianya tidak menjadi halangan kerana konsep gotong royong yang diamalkan dan berbaloi apabila semua ketupat yang disiapkan menepati keenakan sebenar ketupat. Ketupat-ketupat yang sudah dimasak kemudiannya dibahagikan kepada semua yang hadir.
(* Proses membuat ketupat bermula dengan penyediaan daun palas. Pulut yang telah direndam semalaman dikukus sehingga 3/4 masak. Selepas disiram dengan santan, pulut dikacau (diarun) sehingga sebati. Selepas itu pulut dibungkus dengan daun palas dalam bentuk segi tiga. Kemudian, ketupat yang sudah dibungkus direbus sekurang-kurangnya satu jam.)
Khamis, 21 Oktober 2010
Sertai Program Pertanian Machang.
21 Okt 2010 - Pelatih PDK Insani dan PDK Temangan menerima jemputan menyertai Program Jabatan Pertanian Machang sempena memperkenalkan dan demonstrasi mesin Penghancur batang jagung untuk dijadikan makanan lembu. Turut serta Peladang Kawasan, FAMA, Penyelia dan Petugas PDK dan Pengerusi masing-masing. Beberapa orang pelatih Masterskil yang sedang membuat praktikal di PDK Insani turut memeriahkan majlis.























