Ahad, 31 Mac 2024

BENGKEL INSPIRASI KEIBUBAPAAN DAN JATI DIRI PELATIH PPDK

 

Program ini diadakan pada 28hb Februari 2024 di PPDK Insani yang disertai wakil ibu bapa, pelatih dan Penyelia/Petugas empat PPDK Jajahan Machang.

       OBJEKTIF

   1. Menjadikan peserta kalangan penjaga lebih bermotivasi. berinspirasi dan berpengetahuan dalam penjagaan OKU.

2. Menjadikan peserta kalangan pelatih OKU berkeyakinan dan beradvokasi diri yang mantap.

3. Mengembangkan pemikiran pelatih dalam memahami pengurusan diri, berkomunikasi, kesihatan, dan motivasi agar mencapai tahap pemulihan sebagaimana tujuan penubuhan PPDK. Objektif ini juga turut diperolehi oleh penjaga-penjaga OKU.

4. Membina jati diri pelatih PPDK yang unggul dan bersemangat waja dalam melaksanakan pelbagai kreativiti kehidupan.


Program ini melibatkan Klinik Kesihatan Machang bahagian pemakanan dan penceramah-penceramah jemputan.
















Selasa, 6 Februari 2024

Asas Bowling Dan Terapi Membeli Belah

 

Tarikh perlaksanaan: 05-02-2024
Tempat: Salah satu Pasaraya di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan
LATAR BELAKANG

1 Aktiviti kemahiran sosial di tempat awam diadakan bertujuan membina dan meningkatkan kemahiran sosial pelatih dalam kehidupan seharian dan untuk meningkatkan tingkah laku positif kepada pelatih.

2 Terapi adalah salah satu kaedah untuk membantu seseorang pelatih untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia bertujuan untuk membantu para pelatih OKU dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor.

3 Program ini akan memberi kesedaran kepada pelatih bahawa mereka juga mempunyai potensi menjadi individu atau masyarakat masyarakat yang berguna dalam kehidupan pada masa hadapan. 

4 Mereka haruslah diberi peluang dan pendedahan dalam aktiviti luar kerana ia bertujuan untuk mengeneralisasikan pelatih kearah kehidupan yangsebenar. 

 OBJEKTIF

1  Membiasakan pelatih mengenal sukan bowling dan mempelajari cara bermain dengan teknik yang betul.

2  Meningkatkan nilai-nilai hidup bermasyarakat dan menyesuaikan diri dengan orang ramai di tempat awam untuk meningkatkan kemahiran bersosialisasi serta keyakinan diri.

3  Melatih pelatih OKU mengenal mata wang dan jenis-jenis perniagaan yang dijalankan oleh orang ramai.

4  Mendidik pelatih tatacara, adab dan sopan santun semasa berurusan dengan peniaga dan orang ramai.














Selasa, 30 Januari 2024

KEBOLEHAKSESAN PENGANGKUTAN AWAM DAN KEMAHIRAN SOSIAL

30hb Januari 2024, Selasa: PPDK Insani melaksanakan program Kebolehaksesan Pengangkutan Awam dan Kemahiran Sosial dengan objektif berikut:
1     Untuk membantu pelatih belajar, mendapat inspirasi dan mencapai potensi sebenar mereka menggunakan pengangkutan (keretapi dan Van) dan berada di tempat awam.
2       Memberi peluang kepada pelatih melihat suasana tempat orang yang agak asing dan mendidik mereka berkenaan kehidupan sebenar yang perlu dilalui.
3      Untuk memberi peluang kepada Penyelia dan Petugas mengawal pelatih tanpa  kawalan ibu bapa semasa menaiki kenderaan dan ketika berada tempat awam yang tidak pernah dikunjungi. 
Kaedah Pelaksanaan
i.        Pelatih dibawa menaiki keretapi yang akan Bertolak dari stesen keretapi Temangan menuju ke stesen Kuala Krai
ii.      Dari stesen keretapi Kuala Krai, peserta menaiki van untuk melawat Pejabat Pos, Muzium Kuala Krai dan ke Taman Tasik Kuala Krai.
iii.        Peserta dikenalkan dengan fungsi pejabat pos dan melihat barang-barang pemeran yang dipamerkan di muzium dan kemudian di bawa berjalan-jalan sekitar taman.

                        iv. Semua peserta kembali ke PPDK Insani menggunakan van 

Turut terlibat beberapa orang AJK PPDK Insani












Khamis, 11 Januari 2024

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT PPDK


 30hb Ogos 2023 - Warga PPDK Insani telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat PPDK. Program ini diadakan sebagai memperingati hari kemerdekaan yang disambut setahun sekali. Ahli Jawatankuasa, ibu, bapa dan pelatih terlibat sepenuhnya memeriahkan pelbagai acara yang disediakan seperti sukan merdeka dan nyanyian lagu kemerdekaan. Jawatankuasa dan pekerja PPDK bertungkus lumus menyiapkan persiapan serta turut dibantu oleh pelatih yang berkebolehan.














Isnin, 27 November 2023

KEM PENGUKUHAN PRESTASI DAN ANJAKAN ADVOKASI

Bertempat di sebuah resort di Pantai Melawi, Bachok, PPDK Insani bersama gabungan, PPDK Baitul Jannah Pulai Chondong dan PPDK Temangan telah mengadakan program KEM PENGUKUHAN PRESTASI DAN ANJAKAN ADVOKASI pada 10hb – 11hb Januari 2023 (Selasa – Rabu).

Objektif program ini ialah:
4.1             Memberi peluang kepada pelatih mendapatkan suasana advokasi di kawasan luar kelas dengan aktiviti yang lebih mesra alam dan menarik perhatian.
4.2             Kombinasi aktiviti, bengkel dan advokasi serta pemulihan yang melibatkan Penyelia, Petugas, jawatankuasa dan ibu bapa serta pelatih akan menjadi masing-masing lebih memahami tugasan yang dipertanggungjawabkan.
4.3             Mengembangkan daya kreativiti Jawatankuasa, Penyelia dan Petugas dalam mengatur sesuatu program pemulihan untuk kemajuan PPDK. 
4.4             Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kepada Penyelia, Petugas dan ahli jawatankuasa  berkenaan tanggungjawab, program pemulihan dan mengupayakan potensi sedia ada dan mengekalkan prestasi yang baik sebelum ini.

6. TENTATIF ATURCARA PROGRAM

10hb Januari 2023 (Selasa)

MASA

AKTIVITI

09.00 Pagi  

Pendaftaran

10.00 Pagi  

Taklimat Program dan perlantikan ketua kumpulan

10.30 Pagi

“Ice Breaking” di pantai (Semua terlibat)

12.30 Petang

Makan Tengahari (Bungkus) / Rehat dan solat

02.00 Petang

*Check in

03.00 Petang

Aktiviti 1: (Penyelia, Petugas, ibubapa dan AJK)

Ceramah I: Asas Pemulihan Cara Kerja dan Perubatan Oleh Pn Masliza Yazid, Jurupulih Perubatan Kanan

04.30 Petang

Minum Petang / Solat Asar

05.00 Petang

Team bulding I (Tugasan membina istana pasir)

Sambil bermain di tepi pantai dan pelatih mandi dan bermain ombak dengan pengawasan sambil mencari bahan buangan, cengkerang dan mengutip sampah untuk dibuang.

 

06.30 Petang

Makan Malam

07.30 Malam – 08.30 Malam

Solat Maghrib berjemaah

Solat Isyak Berjemaah

08.30 Malam

Advokasi pelatih – Menggril ayam dan kepah, lokan serta goreng mee – Dikendalikan oleh ibubapa

09.00 Malam

Makan Malam

09.30 Malam

(Penyelia, Petugas dan AJK)

Bengkel Asas Tata Bahasa Mengarang Kertas Kerja mengikut format sedia ada dan Kreativiti Mencipta Program oleh Mohd Razali Md Din (Timbalan Pengerusi PPDK Insani)

11.30 Malam

Rehat.

11hb Januari 2023 (Rabu)

MASA

AKTIVITI

05.30 Pagi

Bersiap dan Solat Subuh

06.30 Pagi  

Terapi Subuh: Semua peserta berkumpul di tepi pantai untuk melihat matahari terbit sambil membaca yasin dan berselawat. Kemudian pelatih menjalani terapi pasir dibantu Penyelia & Petugas.

07.30 Pagi

Sarapan (Disediakan oleh AJK)

08.00 Pagi  

Semua peserta bertolak ke Kampung Aur untuk sesi lawatan melihat projek Pembuatan Perabut dan bakeri.

09.30 Pagi  

Bertolak pulang ke Chalet

10.00 Pagi  

Team bulding II – Semua terlibat di luar dewan iaitu pertandingan menyediakan juadah nasi kerabu.

12.00 tengahari

*Semua Peserta Check Out

Tiga pengerusi PPDK menjadi juri bagi memberi markah kepada hasil Team Bulding II

12.30 tengahari

Perasmian Penutup

- Ucapan alu-aluan oleh wakil PPDK

- Penyampaian hadiah oleh Pengerusi PPDK

- Penyampaian Cenderahati

01.00 Petang

Makan Tengahari (Nasi Kerabu) - Buffet

02.00 Petang

Bersurai