MAKLUMAT BERKAITAN PDK


KONSEP PDK

Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan. Mengurangkan penempatan jangka panjang di institusi pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan daripada keluarga dan komuniti. PDK menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka. Ini akan membantu mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU


APA ITU PDK
PDK ialah Pemulihan Dalam Komuniti. Ia adalah program yang diwujudkan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya(JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Ianya merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU). PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian. Program ini dikendalikan di seluruh negara dengan penglibatan aktif komuniti sama ada di pusat PDK atau di rumah.


OBJEKTIF PDK
  • Meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum
  • Memberikan kesedaran kepada msyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan
  • Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan
  • Membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk golongan kurang upaya
  • Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa
  • Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti
  • Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat
  • Menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada
  • Membolehkan integrasi sosial bagi golongan OKU yang mengurangkan sekatan fizikal, sosial, kebudayaan dan psikologi yang wujud antara ahli masyarakat dan golongan OKU
  • Menggalakkan penggunaan kaedah teknik pemulihan yang berkesan yang diterima masyarakat, sesuai dengan keadaan tempatan dan kemampuan

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PETUGAS PDK

1. bertanggungjawab kepada penyelia pdk, jawatankuasa PDK dan PKMD serta menjalankan tugas2 yang diarahkan oleh mereka dari semasa ke semasa.

2. bertanggungjawab mendaftar OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada minggu pertama kehadiran OKU di PDK

3. Bertanggungjawab menjalankan aktiviti pemulihan , pembelajaran dan kegiatan lain bagi OKU mengikut nisbah 1:5 mengikut kurikulum yang telah ditetapkan.

4. menggunakan daya kreativiti bagi aktiviti OKU

5. mengurus dan mengemaskini rekod di PDK

6. mengadakan lawatan ke rumah keluarga OKU seminggu sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa PDK dengan persetujuan keluarga terbabit.

7. menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh jawatankuasa pdk dan dinasihatkan oleh PKMD dari semasa ke semasa berkaitan pengurusan pdk


PERANAN PDK
Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model
·         • Home Based.
·         • Centre Based.
·         • Centre-Home Based.
Aktiviti PDK
·         • Kemahiran motor kasar.
·         • Kemahiran motor halus.
·         • Perkembangan sosial.
·         • Perkembangan bahasa.
·         • Pengurusan diri sendiri.
·         • Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.
·         • Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.
·         • Latihan Vokasional.
·         • Terapi muzik.
·         • Sukan dan rekreasi.

Konsep PDK 'One Stop Centre'

PDK "One Stop Centre'' sebagai "Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.
Melalui PDK "One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.
Peranan PDK "One Stop Centre":
·         • Pusat Intervensi Awal OKU.
·         • Pusat Sumber maklumat OKU.
·         • usat Rujukan OKU.
·         • Pusat Pendaftaran OKU.
·         • Pusat Advokasi.


TANGGUNGJAWAB JKM KE ATAS PDK
  • Bayaran sewa premis.
  •  Saguhati Penyelia PDK- RM1,200.00 sebulan.
  •  Saguhati Petugas PDK- RM800 sebulan.
  •  Peralatan.
  •  Utiliti.
  •  Program / aktiviti
  •  Elaun Khas RM150 bagi OKU yang mengikuti Program PDK dan bagi sesi program pemulihan dan Lawatan Ke rumah.
  •  Latihan kepada Penyelia dan Petugas PDK.
  •  Kerjasama dengan agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.

Tiada ulasan: