Selasa, 13 Oktober 2009

Majlis Hari Raya PDK Insani 09

Majlis Hari Raya PDK Insani diadakan pada 8 Oktober 2009 bersamaan 19 Syawal 1430H. Program ini disertai semua ibubapa pelatih, AJK dan penduduk komuniti berhampiran. Majlis ini turut menjemput warga PDK-PDK Jajahan Machang. Tetamu istimewa ialah PKMJ dan Penyelaras PDK Machang. Turut hadir staf JKM Machang dan Petugas PDK Kawasan Kota Bharu bersama penyelarasnya.

Para AJK dan Petugas PDK bertungkus lumus menyiapkan juadah dan persiapan tempat bermula dua hari sebelum majlis.

Tujuan utama program ini ialah:
i) Untuk merapatkan silatulrahim sesama warga PDK dengan JKM, dan Penduduk komuniti.
ii) Salah satu program pemulihan untuk pelajar-pelajar PDK berinteraksi dengan masyarakat.
iii) Untuk mengaktifkan PDK .
iv) Untuk meningkatkan kerjasama Jawatankuasa, Pekerja PDk dan ibubapa menjayakan program.
v) Bagi menjayakan program bermaaf-maafan dan menghayati suasana Hari raya.

















Khamis, 8 Oktober 2009

Program Penawar Bersama OKU PDK

Penawar- Badan amal isteri wakil rakyat dengan kerjasama Uitm dan JKM Negeri Kelantan mengadakan program untuk meraikan OKU PDK. Seramai 80 orang OKU di PDK jajahan Tanah Merah dan Machang terlibat dalam program ini yang diadakan di Dewan Professional UiTM cawangan Machang. Penjaga pelatih OKU juga turut serta.

Semasa program tersebut, PDK jajahan Machang diminta membuat persembahan dan sekali lagi Ulit MayangVersi PDK dipentaskan. Latihan yang cuma diadakan dalam masa dua hari. Mujurlah pelatih PDK masih ingat taridrama itu walaupun sudah hampir setahun ianya berlalu.

Pengerusi Penawar Datin Seri Kamarzan hadir menyerikan majlis dan menyampaikan sumbangan kepada semua OKU. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah JKM Negeri Kelantan.