Ahad, 8 Mac 2020

Hari Kebajikan Negeri Kelantan 2020

JOM SAMA-SAMA KITA RAIKAN. PERTAMA KALI DALAM SEJARAH NEGERI KELANTAN, "HARI KEBAJIKAN NEGERI KELANTAN" 

Majlis Graduasi & Anugerah

Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan PPDK Jajahan Machang diadakan pada 04hb March 2020 di SK Machang. Program ini melibatkan empat PPDK iaitu, PPDK Permata Hati, PPDK Insani, PPDK Baitul Jannah dan PPDK Temangan. Perasmian disempurnakan oleh YBrs. Dr Rosmailaini yang mewakili Pengarah JKM Negeri. 
 Objektif program ini ialah: 
1.1         Menghargai pencapaian dan penglibatan warga PPDK serta memberi anugerah kepada pelatih yang ada peningkatan dari segi sahsiah, sosial, akademik dan kemahiran.

1.2         Meningkatkan semangat dan advokasi kepada pelatih untuk memperbaiki diri dalam penglibatan akan datang.

1.3         Menyemarakkan  hubungan silatulrahim antara pelatih baru dan  lama serta jawatankuasa.
1.4         Untuk meningkatkan kerjasama Jawatankuasa, staf PKMJ, Pekerja PPDK dan ibubapa dalam menjayakan program.



















Tautan Kasih Pelatih PPDKI

Program Tautan Kasih PPDKI dan perjumpaan jawatankuasa yang diadakan pada 26/02/2020 di PPDK Insani. Program meraikan pelatih ini diserikan dengan kehadiran Puan Suzieyaty Siyude, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Machang. Pengerusi PPDK Insani Pn Noormah Mohd Noor turut hadir memeriahkan majlis.

Sepanjang pelatih OKU berada di PPDK, bermacam program pemulihan dan aktiviti dilaksanakan. Pelatih mengikuti setiap program dengan bantuan Penyelia dan Petugas untuk memastikan keberkesanan setiap aktiviti yang dijalankan.

 Dalam pada itu, pelbagai karenah dan kesukaran dihadapi oleh Pelatih tetapi itu bukan alasan untuk gagal dalam pemulihan yang dijalankan. Kesabaran dan komitmen yang diberikan serta kombinasi sepakat antara Penyelia, Petugas, Jawatankuasa dan PKMJ mampu memberi hasil yang memuaskan.

Demikian antara tujuan program ini diadakan.