Selasa, 17 Januari 2017

MAJLIS TERAPI YAASIN 2017

PDK INSANI memulakan sesi program pemulihan dengan Majlis Terapi Yaasin. Majlis yang diadakan pada 2/1/2017 ini disertai Ahli Jawatankuasa, Penyelia dan petugas, ahli keluarga pelatih dan komuniti setempat. Penyertaan amat menggalakkan dan ini sebagai bukti, kewujudan PDK di dalam komuniti sangat dialu-alukan. 












JAMUAN AKHIR TAHUN DAN MAJLIS PERPISAHAN RAJA AZIZAH

Sempena PDK yang akan bercuti bermula 22 Disember 2016 hingga 02.02.2017, PDK INSANI sebagaimana lazimnya setiap tahun mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun. Pada majlis ini diserikan dengan penyampaian anugerah pelajar yang rajin hadir, pelajar yang menyimpan wang paling banyak, pelatih cemerlang dan sebagainya. 

Sempena hari ini juga adalah majlis perpisahan Petugas yang menamatkan kontraknya di Pdk Insani Machang iaitu Raja Azizah Raja Yusoff. Terima kasih di atas sumbangan anda selama ini.