Rabu, 4 September 2019

PROGRAM PERTAMA DI TEMPAT BARU

-baru ini PPDK Insani telah berpindah ke lokasi baru iaitu di Lot 477, Depan Masjid Kampung Pek, Machang, Kelantan pada 1-8-2019. Program pertama PPDKI yang diadakan di tempat baru ialah Hari Mahabbah PPDKI dan Ramah Mesra Bersama Komuniti. Program diadakan pada 13/8/2019. Pelbagai pengisian diadakan seperti pameran quran braille dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, urutan refleksi dan cabutan hadiah. Turut diadakan solat hajat.















Selasa, 16 Julai 2019

SAMBUTAN HARI LAHIR PELATIH PPDK DI RUMAH

Aktiviti yang julung kali diadakan: MENYAMBUT DAN MERAIKAN HARI LAHIR PELATIH PPDK DI RUMAH - YANG TERLANTAR.

Atas inisiatif Penyelia dan Petugas dan dengan sokongan Jawatankuasa, mereka berusaha menjayakan program ini semasa mengadakan lawatan pemulihan di rumah. Semoga program ini diteruskan dari masa ke semasa.