Rabu, 4 September 2019

PROGRAM PERTAMA DI TEMPAT BARU

-baru ini PPDK Insani telah berpindah ke lokasi baru iaitu di Lot 477, Depan Masjid Kampung Pek, Machang, Kelantan pada 1-8-2019. Program pertama PPDKI yang diadakan di tempat baru ialah Hari Mahabbah PPDKI dan Ramah Mesra Bersama Komuniti. Program diadakan pada 13/8/2019. Pelbagai pengisian diadakan seperti pameran quran braille dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, urutan refleksi dan cabutan hadiah. Turut diadakan solat hajat.