Melibatkan semua pelatih PDK. Program vokasional akan diberikan tumpuan yang lebih kepada pelatih. Anggaran peratusan : Vokasional/Program pemulihan carakerja 70%, Akademik 30%
Kelas Harian: 4 hari iaitu:-Ahad – Rabu :8.00am – 12.00 pm / 12.00 pm – 4.00 pm. Merangkumi 4 program penstrukturan semula iaitu:-
1. Program Pemulihan Carakerja (PPC):
Program pemulihan Carakerja akan berjalan selama 3 jam 15 minit setiap hari. Selebihnya waktu makan 30 minit dan Rehat 15 minit selepas senaman pagi.
i) Kelas Pemulihan Integrasi-Program ini lebih ditekankan kepada proses pemulihan pelatih yang memerlukan proses awal sensori yang melibatkan deria rasa,sentuhan,pendengaran,bau,penglihatan dan pergerakan motor kasar dan motor halus dan masalah tingkahlaku. Akan ada dua atau tiga kumpulan.
ii) Kelas Pembelajaran Akademik – Hanya beberapa pelatih yang dikelaskan untuk proses pemulihan akademik-lebih kepada kognetif pembelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Isyarat , Matematik, Kognetif Sosial dan Pengetahuan Agama.
iii) Kelas Harian Latihan Pemulihan Vokasional): Dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Vokasional Asas Penyediaan Makanan (VAPM) dan Vokasional Asas Tani &Ternak (VATT).
a) VAPM - 2 orang pelatih di dapur dan dua orang di ruang makan. Seorang Petugas akan berada di dapur untuk menguruskan pelatih dan memantau setiap pergerakan pelatih serta keselamatan berada didapur. semua tugasan di dapur akan diambil alih oleh pelatih yang telibat sepenuhnya serta dipantau oleh Petugas tadi. Petugas yang ditugaskan di dapur mengikut jadual yang ditetapkan oleh Penyelia.)
b) VATT-Beberapa pelatih akan di ajar untuk membersih kawasan PDK, bercucuk tanam,berkebun dan beberapa lagi aktiviti pertanian. Seorang Petugas akan bersama pelatih sebagai pemulih dan pemantau.
2. Program Latihan Kerja (PLK):
Sesi Petang - Beberapa orang pelatih PDK yang boleh berdikari akan hadir ke PDK pada jam 12tgh – 4 petang. Pelatih akan menjalankan samada perniagaan kecil-kecilan, membuat kraftangan, membuat makanan ringan dan sebagainya.
3. Program Kawalan Pelatih Bekerja (PKPB)
- Untuk permulaan pelatih akan datang sebelah petang sahaja sehinggalah Jawatankuasa dan Penyelia yakin dengan kemampuannya menjalani latihan kerja. Bila keadaan ini berlaku Pelatih akan jadi pekerja sepenuh masa iaitu datang pagi dan pulang petang mengikut masa yang ditetapkan (contoh: 9 pagi hingga 4 petang atau mengikut persetujuan keluarga pelatih).
4. Program Lawatan ke Rumah:
- Setiap Khamis bermula 8 pagi – 12 tengahari atau mengikut persetujuan ibubapa pada masa-masa tertentu.
· Semua perancangan ini mengikut kesesuaian tahap / kategori ketidakupayaan dan tahap umur pelatih di Pelatih PDK Insani dan PDK Temangan.