Jumaat, 18 Disember 2009

PDK INSANI KG RAJA MACHANG: Naik Keretapi ke Tumpat#comments

PDK INSANI KG RAJA MACHANG: Naik Keretapi ke Tumpat#comments

MESYUARAT TALENTIME

Pada 16hb. Disember 2009 yang lalu, satu mesyuarat yang melibatkan PKMJ, Penyelaras, Pengerusi, Penyelia dan Petugas PDK jajahan Machang telah diadakan di Bilik Mesyuarat JKM Machang. Agenda utama mesyuarat ialah untuk melantik jawatankuasa kecil program Talentime PDK-PDK Kelantan.

Talentime adalah salah satu acara persembahan bakat oleh pelatih-pelatih PDK negeri Kelantan. Setiap jajahan diwajibkan menghantar dua persembahan iaitu acara kumpulan atau individu. Pertandingan akan diadakan pada 5hb. Januari 2010 di sebuah Pasaraya terkenal di
Wakaf Siku
Dalam mesyuarat yang diadakan di Pejabat JKM Machang itu, semua pengerusi, Penyelia, dan Petugas PDK Jajahan Machang hadir. Mesyuarat memutuskan untuk menghantar satu wakil kumpulan dan satu wakil individu. Pemilihan wakil individu akan diadakan pada hari Ahad (20.12.09) di PDK Bandar Machang. Manakala pemilihan peserta kumpulan diadakan pada 17.12.09 juga di PDK Bandar Machang.