Ahad, 28 Februari 2010

Konvensyen PDK-PDK Malaysia


Pada 5hb Feb 2010 yang lalu satu konvensyen diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh lebih kurang 800 orang. Peserta terdiri daripada Pengerusi dan Penyelia setiap PDK di Malaysia.

Konvensyen selama tiga hari itu (5 - 7 Feb 2010) dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Serentak dengan itu juga logo PDK dilancarkan.

Dalam konvensyen ini, beberapa anugerah diberikan kepada PDK Terbaik, Pelatih PDK Terbaik dan Petugas PDK Terbaik. (Kenapa tidak ada Jawatankuasa PDK terbaik??)

(Pandangan Pengerusi PDK Insani - Konvensyen PDK kali lebih kepada seolah-olah macam kursus untuk Penyelia. Tidak ada sesi soal jawab berkenaan PDK secara rasmi. Ramai Pengerusi berasa hampa kerana tidak dapat menyatakan permasalahan dan cadangan berkenaan PDK masing-masing

Diharapkan dilain kali konvensyen diadakan dalam bentuk perbincangan dan diskusi untuk pembangunan PDK-PDK Malaysia.

PDK Insani sebenarnya bercadang untuk mengemukakan beberapa usul antaranya:
1. Baju seragam untuk semua Penyelia dan Petugas PDK.
2. Geran untuk pentadbiran Jawatankuasa.
3. Anugerah untuk Pengerusi PDK Terbaik / Jawatankuasa PDK Terbaik
4. Pengerusi PDK dilantik dari kalangan penduduk tempatan yang tidak terlibat dengan politik.
5. SOCSO, Takaful dan Cuti sakit untuk Penyelia dan Petugas.
6. Mewujudkan Projek 'Group Home'.
7. Kewujudan Penyelia sesetengahnya membelakangi Jawatankuasa.
8. Persatuan Kebajikan Penyelia dan Petugas PDK di semua negeri. )