Rabu, 27 Julai 2011

4th National Self-Advocacy Conference

Pengerusi PDK Insani bersama 19 orang peserta dari beberapa buah PDK Kelantan telah menghadirkan diri ke Persidangan Advokasi Kebangsaan kali ke 4 di Bethany Home pada 22 - 24 Julai 2011 yang lalu. Persidangan ini turut disertai kumpulan-kumpulan dan kelab-kelab advokasi seluruh Malaysia.

Persidangan khas untuk OKU intelek ini telah diadakan dengan cukup cemerlang oleh pihak pengurusan Bethany Home dibantu oleh Persatuan Daybreak. PDK-PDK yang menyertai persidangan ini ialah: PDK Insani empat peserta, PDK Gual Ipoh 6 orang, PDK Bandar Tanah Merah 1 orang, PDK Kg Chepa 5 orang dan PDK Temangan 3 orang. Turut sama ialah Aoi Takayama dan Ayako dari JOCV. Terima kasih kepada JKM Kelantan yang membantu dari segi pengangkutan.

Banyak ilmu yang dapat dikongsikan dalam persidangan ini sama ada untuk peserta dan juga penyokong. Untuk persidangan Kebangsaan Advokasi kali ke-5, PDK Kelantan ditawarkan untuk melobi menjayakannya di samping saingan dari Kuala Lumpur dan Sarawak.

















Jumaat, 1 Julai 2011

Bengkel Advokasi Diri 2011

Sebuah program anjuran Kumpulan-kumpulan Advokasi Diri dari PDK Kelantan telah diadakan iaitu: Bengkel Advokasi Diri 2011. Program ini dirancang dan dikendalikan 80% oleh pelatih-pelatih PDK yang mempunyai kumpulan Advokasi Diri. Pengerusi PDK Insani telah dilantik menjadi penyokong utama kepada program ini untuk membantu dan memantau perjalanan program bersama sukarelawan Jepun (JOCV).

1. PENGENALAN

- Advokasi Diri ialah cabaran kehidupan diri, membuat keputusan dan pilihan sendiri dalam kehidupan Orang Kurang Upaya masalah pembelajaran.

- Advokasi Diri juga menggalakkan OKU mengetahui hak diri dan juga menyuarakan pendapat diri sendiri kepada orang lain tanpa di paksa atau disuruh oleh orang.

- Program Bengkel Advokasi Diri ini adalah anjuran, kehendak dan idea dari kumpulan Advokasi Diri sendiri. Mereka yang mengatur jadual dan pengisian program dengan mendapat sokongan dan panduan dari kumpulan penyokong yang terdiri dari sukarelawan Jepun (Aoi Takayama. Ayako dan Kohei) , Mohd Razali Md Din (Pengerusi PDK Insani), Mohd Nasir (Pengerusi PDK Wakaf Baru) dan jemputan sebagai Penilai: Pn. Hjh Nora’sikin Hamzah (Penyelaras PDK Negeri Kelantan)

2. OBJEKTIF.

i) Memberi peluang kepada kumpulan advokasi (Pelatih PDK masalah pembelajaran) mengendalikan satu bengkel menyuarakan pendapat, pandangan, kemahuan dan isi hati untuk dikongsikan dengan pelatih-pelatih lain.

ii) Sebagai satu klinik untuk memberi motivasi dan kefahaman kepada Petugas dan pelatih tentang cara, tujuan dan keperluan kumpulan advokasi diri ditubuhkan di PDK.

iii) Memberi peluang kepada mana-mana pelatih PDK menyerlahkan kreativiti dan kehendak masing-masing.

iv) Meningkatkan kesedaran penyelia dan Petugas PDK sebagai Penyokong Aovokasi diri

3. KUMPULAN SASAR.

Penganjur: PDK Kg Chepa - Sri Chepa,

PDK Gual Ipoh - Permata Hati,

PDK Bandar Tanah Merah - Delima,

PDK Guchil Kuala Krai- Matahari

PDK Peringat-Nur Kasih

Peserta:

i. 2 orang Pelatih PDK dari setiap PDK di negeri Kelantan

ii. 1 orang Petugas PDK dari setiap PDK di negeri Kelantan

4. TARIKH PERLAKSANAAN.

29 – 30 Jun 2011 (Rabu dan Khamis)

5. TEMPAT PERLAKSANAAN.

Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan

6. PERASMIAN PENUTUP
Tuan Pengarah JKM Kelantan= Yabrs En. Md Noor bin Chik.