Pada Perjumpaan Harii Raya yang diadakan khas untuk ibu bapa pelatih, Jawatankuasa PDK juga mengadakan perbincangan beberapa isu berkaitan PDK. Di samping itu, dialog dengan ibu bapa juga diselitkan bagi memberi peluang ibu bertanyakan apa-apa masalah.
Program Perjumpaan Hari raya ini turut dihadiri oleh PKMJ, Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh, Penyelaras PDK iaitu Pn. Sharifah Yusoff dan Mantan Penyelaras PDK: En. Aman Md Bakri.
ADVOKASI DIRI RAMADAN: PROGRAM SEHARI DALAM BULAN RAMADAN
Program Berbuka Puasa bersama Pelatih PDK dan Anak yatim telah diadakan pada bulan Ramadan yang lalu. Program ini adalah program kumpulan advokasi yang duduk di PDK seharian untuk menjalani ibadat puasa dan beramal.
Tujuan Program ini ialah:
1. Memberi peluang kepada insan istimewa (OKU) membuat keputusan dalam dirinya semasa diri dalam keadaan lapar dan dahaga.
2. Memberi peluang menjalani suasana berpuasa sepenuhnya atas kehendak diri dan merasai kenikmatan berpuasa.
3. Membentuk insan yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Maha Esa.
4. Mewujudkan jiwa keikhlasan, keredhaan dan kemanisan dalam bulan yang penuh berkat.
5. Meraikan Insan Kurang Upaya dalam program keagamaan yang memberi pulangan keinsafan dan ketakwaan.
.