
Sempena program tersebut, majlis penyampaian geran tahunan
untuk 39 buah PDK seluruh negeri Kelantan telah diadakan. Dato’ Sri Mustafa telah berkenan menyampaikan
geran tersebut kepada wakil setiap PDK iaitu Pengerusi PDK.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah JPP Kelantan dan Pengarah
JKM Kelantan, En Md Noor bin Chik. Kehadiran tetamu seramai hampir 700 orang
adalah terdiri daripada Penyelia (39 orang) dan Petugas (130 orang), 5 orang
AJK setiap PDK, 4 orang pelatih setiap PDK dan 3 orang ibu bapa setiap PDK.
Nyanyian solo, duet dan tarian menyerikan acara
sambil tetamu menjamu minum petang di
hotel 4 bintang itu.