
Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan Pengerusi dan Ucapan
Perasmian oleh PKMJ Machang. Selepas itu pengesahan minit mesyuarat, Penyata tahunan dan kewangan PDK. Selepas ucapan penangguhan
oleh Penyelaras PDK, Pn. Saripah Jusoh, dua puluh cabutan bertuah diadakan.
Hadiah cabutan bertuah disumbang dan ditaja oleh Persatuan Insan Istimewa
Kelantan sempena kemasukan beramai-ramai pelatih PDK menjadi ahli persatuan.
Setiausaha Persatuan insan Istimewa Kelantan, En Mohd Kufri Omar hadir bersama
AJK Mohamaed Deraman dan Nor Sabri Abu Bakar.
Seramai 60 orang ibu bapa, termasuk jawatankuasa PDK, Penyelia
dan Petugas PDK dan masyarakat setempat
hadir memeriahkan aktiviti.
Selepas semuanya selesai, PDK Insani menyediakan
minum petang untuk semua tetamu yang hadir.