Pengangkutan
awam sangat penting diperkenalkan kepada pelatih PDK supaya mereka tahu dan
faham menggunakannya. Program menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan
teksi adalah satu aktiviti yang memberi pengajaran menyeronokkan. Pemilihan destinasi
bandar Kota Bharu yang sibuk adalah sesuatu yang agak mencabar bagi pelatih dan
Penyelia serta Petugas.
TUJUAN / OBJEKTIF
1. Memberi ilmu pengetahuan baru kepada
pelatih tentang cara menggunakan pengangkutan awam supaya menjadi pengalaman
yang berguna.
2. Memberi peluang kepada pelatih
melihat tempat orang yang agak asing dan mendidik mereka berkenaan kehidupan
sebenar yang perlu dilalui oleh mereka.
3.
Memberi peluang kepada Penyelia dan
Petugas mengawal pelatih tanpa kawalan ibu bapa di tempat awam yang tidak
pernah dikunjungi.
Tarikh : 23hb Oktober 2015
Tempat : Bandar Kota Bharu.