Isnin, 31 Oktober 2016

PERTANDINGAN SIHAT MEMASAK BUBUR ASYURA

Empat buah PDK Jajahan Machang telah sepakat menjayakan program Pertandingan Sihat Memasak Bubur Asyura sempena bulan Muharram. Program ini dilaksanakan pada 20-10-2016 di perkarangan PKMJ Machang. Masing-masing PDK telah memasak bubur Asyura.










Jemaah hakim dan juri yang terdiri daripada staf JKM yang berpegalaman telah membuat keputusan sebagaimana berikut:

1 - PDK Pulai Chondong, 2- PDK Insani, 3- PDK Temangan dan 4 - PDK Bandar Machang.

Program ini berjaya memupuk kerjasama dan konsep gotong royong yang semakin pupus dalam program asyura.

Terima kasih kepada Jawatankuasa, penyelia, petugas, ibu bapa dan pelatih PDK serta staf PKMJ
Machang di atas kerjasama yang diberikan.






























Selasa, 25 Oktober 2016

Mesyuarat Panel Penilai

Bertempat di Pusat Transformasi Ilmu di Bukit Tiu, pada 24/10/2016, seramai 9 orang pelatih PDK jajahan Machang dinilai oleh Panel Penilai yang terdiri daripada wakil Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Klinik Kesihatan Daerah, Jabatan Tenaga Kerja, Juru pulih anggota, Cara Kerja dan PKMJ. PDK terlibat, PDK Bandar Machang, PDK Insani, PDK P. Chondong dan PDK Temangan















Majlis Raya dan Sambutan Hari Lahir Pelatih

Majlis Hari raya PDK Insani pada tahun ini diadakan serentak dengan Sambutan Hari Lahir pelatih PDK. Program yang memberi kegembiraan kepada pelatih apabila hari kelahiran mereka diraikan dalam satu majlis yang diserikan dengan pelbagai  juadah dan lain-lain ini adalah satu bentuk pemulihan secara “psikologi”. Pelatih PDK yang terpilih untuk diraikan dalam majlis kali ini adalah mereka yang lahir pada bulan April, Mei, Jun dan Julai. Serentak dengan itu, diselitkan juga Majlis Hari Raya yang dihadiri ibu bapa penjaga, Jawatankuasa, PKMJ dan penduduk setempat.

Tujuan Program:
1.1     Untuk merapatkan silatulrahim sesama warga PDK dan masyarakat
1.2     Salah satu program pemulihan untuk pelajar-pelajar  PDK berinteraksi dengan masyarakat.
1.3     Untuk meningkatkan kerjasama Jawatankuasa, Pekerja PDk dan ibubapa menjayakan program.
1.4     Bagi menjayakan program bermaaf-maafan dan menghayati suasana Hari raya.