Rabu, 3 Julai 2024

SAMBUTAN HARI LAHIR PELATIH JAN - JUN 2024

 Sambutan Hari Lahir Pelatih-Pelatih PPDK Insani yang lahir bulan Januari hingga Jun 2024 diadakan pada majlis ringkas tetapi bermakna pada 30/06/2024 yang lalu di PPDK. 

Seramai 11 orang pelatih termasuk pelatih di rumah diraikan dengan acara memotong kek dan nyanyian beramai-ramai lagu Happy birthday. Pelatih di rumah akan diraikan berasingan semasa lawatan ke rumah. 

Turut hadir Pengerusi dan beberapa orang AJK memberi sokongan dan memeriahkan majlis.


Objektif program ini ialah:

1.1              Memberi peluang kepada pelatih PPDK menyambut hari lahir bersama kawan-kawan.

1.2              Menjadikan mereka lebih matang dan rasa dihargai.

1.3               Mengeratkan persahabatan dan hubungan yang baik dengan Penyelia serta Petugas












Ahad, 30 Jun 2024

MESYUARAT AGUNG DAN RAIKAN AIDILFITRI


PPDK Insani telah mengadakan rumah terbuka dalam Majlis Raikan Syawal pada 08/05/2024. Serentak dengan itu turut diadakan Mesyuarat Agung PPDK Insani bagi memenuhi tuntutan undang-undang tubuh. Mesyuarat Agung kali ini kali ke-7 sejak penubuhannya pada 27/12/2017. Mesyuarat Agung ini juga adalah mesyuarat untuk melaksanakan pemilihan jawatankuasa baru bagi sesi 2024 - 2026.

Manakala Majlis Raikan Syawal pula dimeriahkan dengan penyampaian duit raya kepada pelatih dan cabutan bertuah kepada tetamu. Ini semua hasil sumbangan orang ramai. Begitu juga menu hidangan raya, 3/4 adalah "potluck" dari AJK dan ibu bapa. Kehadiran sangat memberangsangkan. Terima kasih kepada Penyelia, Petugas dan barisan Jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program. Terima kasih juga kepada tetamu yang terdiri dari kalangan ibu bapa / penjaga.




 











Ahad, 31 Mac 2024

BENGKEL INSPIRASI KEIBUBAPAAN DAN JATI DIRI PELATIH PPDK

 

Program ini diadakan pada 28hb Februari 2024 di PPDK Insani yang disertai wakil ibu bapa, pelatih dan Penyelia/Petugas empat PPDK Jajahan Machang.

       OBJEKTIF

   1. Menjadikan peserta kalangan penjaga lebih bermotivasi. berinspirasi dan berpengetahuan dalam penjagaan OKU.

2. Menjadikan peserta kalangan pelatih OKU berkeyakinan dan beradvokasi diri yang mantap.

3. Mengembangkan pemikiran pelatih dalam memahami pengurusan diri, berkomunikasi, kesihatan, dan motivasi agar mencapai tahap pemulihan sebagaimana tujuan penubuhan PPDK. Objektif ini juga turut diperolehi oleh penjaga-penjaga OKU.

4. Membina jati diri pelatih PPDK yang unggul dan bersemangat waja dalam melaksanakan pelbagai kreativiti kehidupan.


Program ini melibatkan Klinik Kesihatan Machang bahagian pemakanan dan penceramah-penceramah jemputan.















Selasa, 6 Februari 2024

Asas Bowling Dan Terapi Membeli Belah

 

Tarikh perlaksanaan: 05-02-2024
Tempat: Salah satu Pasaraya di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan
LATAR BELAKANG

1 Aktiviti kemahiran sosial di tempat awam diadakan bertujuan membina dan meningkatkan kemahiran sosial pelatih dalam kehidupan seharian dan untuk meningkatkan tingkah laku positif kepada pelatih.

2 Terapi adalah salah satu kaedah untuk membantu seseorang pelatih untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia bertujuan untuk membantu para pelatih OKU dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor.

3 Program ini akan memberi kesedaran kepada pelatih bahawa mereka juga mempunyai potensi menjadi individu atau masyarakat masyarakat yang berguna dalam kehidupan pada masa hadapan. 

4 Mereka haruslah diberi peluang dan pendedahan dalam aktiviti luar kerana ia bertujuan untuk mengeneralisasikan pelatih kearah kehidupan yangsebenar. 

 OBJEKTIF

1  Membiasakan pelatih mengenal sukan bowling dan mempelajari cara bermain dengan teknik yang betul.

2  Meningkatkan nilai-nilai hidup bermasyarakat dan menyesuaikan diri dengan orang ramai di tempat awam untuk meningkatkan kemahiran bersosialisasi serta keyakinan diri.

3  Melatih pelatih OKU mengenal mata wang dan jenis-jenis perniagaan yang dijalankan oleh orang ramai.

4  Mendidik pelatih tatacara, adab dan sopan santun semasa berurusan dengan peniaga dan orang ramai.














Selasa, 30 Januari 2024

KEBOLEHAKSESAN PENGANGKUTAN AWAM DAN KEMAHIRAN SOSIAL

30hb Januari 2024, Selasa: PPDK Insani melaksanakan program Kebolehaksesan Pengangkutan Awam dan Kemahiran Sosial dengan objektif berikut:
1     Untuk membantu pelatih belajar, mendapat inspirasi dan mencapai potensi sebenar mereka menggunakan pengangkutan (keretapi dan Van) dan berada di tempat awam.
2       Memberi peluang kepada pelatih melihat suasana tempat orang yang agak asing dan mendidik mereka berkenaan kehidupan sebenar yang perlu dilalui.
3      Untuk memberi peluang kepada Penyelia dan Petugas mengawal pelatih tanpa  kawalan ibu bapa semasa menaiki kenderaan dan ketika berada tempat awam yang tidak pernah dikunjungi. 
Kaedah Pelaksanaan
i.        Pelatih dibawa menaiki keretapi yang akan Bertolak dari stesen keretapi Temangan menuju ke stesen Kuala Krai
ii.      Dari stesen keretapi Kuala Krai, peserta menaiki van untuk melawat Pejabat Pos, Muzium Kuala Krai dan ke Taman Tasik Kuala Krai.
iii.        Peserta dikenalkan dengan fungsi pejabat pos dan melihat barang-barang pemeran yang dipamerkan di muzium dan kemudian di bawa berjalan-jalan sekitar taman.

                        iv. Semua peserta kembali ke PPDK Insani menggunakan van 

Turut terlibat beberapa orang AJK PPDK Insani