Tempat: Salah satu Pasaraya di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan
1 Aktiviti kemahiran sosial di tempat awam diadakan
bertujuan membina dan meningkatkan kemahiran sosial pelatih dalam kehidupan
seharian dan untuk meningkatkan tingkah laku positif kepada pelatih.
2 Terapi adalah salah satu kaedah untuk membantu seseorang pelatih
untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia bertujuan untuk
membantu para pelatih OKU dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif,
emosi, sosial dan psikomotor.
3 Program ini akan memberi kesedaran kepada pelatih bahawa
mereka juga mempunyai potensi menjadi individu atau masyarakat masyarakat yang berguna dalam
kehidupan pada masa hadapan.
4
Mereka haruslah diberi peluang dan pendedahan dalam
aktiviti luar kerana ia bertujuan
untuk mengeneralisasikan pelatih kearah kehidupan
yangsebenar.
1 Membiasakan pelatih mengenal sukan bowling dan
mempelajari cara bermain dengan teknik yang betul.
2 Meningkatkan nilai-nilai hidup bermasyarakat dan menyesuaikan
diri dengan orang ramai di tempat awam untuk meningkatkan kemahiran bersosialisasi serta keyakinan diri.
3 Melatih pelatih OKU mengenal mata wang dan jenis-jenis
perniagaan yang dijalankan oleh orang ramai.
4 Mendidik pelatih tatacara, adab dan sopan santun semasa
berurusan dengan peniaga dan orang ramai.