Isnin, 24 November 2008

LAPORAN TERBARU PROSES PEMULIHAN PDK

Terkini PDK INSANI mempunyai jumlah pelajar yang berdaftar seramai 30 orang. Lelaki seramai 18 orang dan perempuan 12 orang. Kesemua pelajar datang daripada kampung berdekatan. 9 orang dari Kampung Raja, 8 orang dari Kg. Berangan Mek Nab, 3 orang dari Kg. Pek, 2 orang dari Kg. Kemuchup, 2 orang dari Kg. Pisang, 2 orang dari Kg. Gosong dan masing-masing seorang dari Kg. Baru Murni, Banggul Kulim, Bunut dan Kg. Telekong.

Jumlah pelajar yang hadir seramai 23 orang. Selebihnya Petugas PDK buat lawatan ke rumah pada setiap hari Khamis.

Mereka yang tidak dapat hadir ke PDK adalah kerana beberapa sebab. Antaranya kerana masalah kacacatan yang teruk, jarak yang jauh dan sukar dikawal. Oleh yang demikian PDK hanya memulihkan mereka menerusi lawatan ke rumah.

Pelajar di PDK INSANI terdiri dari pelbagai umur. Yang paling muda berumur 5 tahun dan yang paling tua berumur 32 tahun. Pelajar-pelajar ini diterima masuk setelah dipastikan selamat dan tidak mendatangkan masalah serta boleh dikawal.


SISTEM PEMBELAJARAN PDK INSANI.

Bagi memenuhi sesi pembelajaran di PDK INSANI, 3 kaedah pembelajaran telah dilaksanakan iaitu Akademik, Kemahiran Hidup dan Pengurusan diri.
Dari segi akademik, ianya meliputi pengenalan huruf, nombor, nilai mata wang, mewarna, menulis dan membaca. Akademik lebih diutamakan kepada mereka yang mempunyai tahap kecacatan akal yang kurang atau yang tidak mempunyai masalah kecacatan akal.

Kemahiran hidup. Kaedah ini meliputi latihan menyusun benda, bermain karom, alat muzik, menggunting, melipat kain, menyanyi, berlakun dan sebagainya. Kemahiran hidup juga ditumpukan ketika di dapur iaitu sebelum waktu makan, Pembantu tukang masak dengan diselia oleh Petugas PDK, akan memilih beberapa orang pelajar yang agak cerdik diajar menyiang sayur, mengupas bawang, menyiang ikan bilis, menyusun, mengemas, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya. Ini adalah permulaan sebelum kita mengajar mereka menggoreng, merebus dan sebagainya. Sementara pelajar yang tidak terlibat di dapur diawasi Petugas PDK lain dengan aktiviti bersesuaian.
Pada setiap hari Rabu pula, selepas makan, semua pelajar dan Pekerja PDK akan turun ke halaman bagi menjalankan aktiviti luar kelas seperti merumput, mengutip sampah, menanam sayur, memberi makanan untuk ikan hiasan dalam kolam dan sebagainya. Sejak awal tahun 2008 PDK Insani telah mula mengajar membuat kraftangan mudah seperti bekas pensil, alas meja, keychain dan sebagainya.

Pengurusan Diri.
Salah satu Pengurusan diri yang ditekankan ialah ‘ toilet tranning’. Ini adalah memastikan pelajar-pelajar tahu bila dan cara-cara menggunakan tandas.
Pelajar PDK juga dilatih cara duduk, berpakaian, menghias diri, melayan tetamu, menghormati orang tua, kawan-kawan dan sebagainya.
Mereka juga diajar memahami perkara yang boleh dan perkara yang tidak boleh.


PENCAPAIAN PDK INSANI SETAKAT INI.

- Setakat ini terdapat beberapa perubahan positif pelajar yang mengikuti pemulihan di sini.
- Salah seorangnya, pelajar yang cacat anggota dan lembab pembelajaran telah dapat membaca perkataan mudah dua suku kata. Pelajar ini juga berkebolehan mewarna. Kita juga telah mula mengajarnya bermain muzik.
- Sesetengah pelajar pada awal menyertai pemulihan PDK langsung tidak boleh mewarna tetapi hari ini mereka boleh mewarna dengan lebih baik.
- Lain-lain pelajar juga telah banyak perubahan. Mana-mana yang dulu tidak dapat memahami arahan, sekarang telah faham dan boleh melakukan apa yang disuruh oleh Petugas PDK.
- Begitu juga masalah buang air merata-rata, sekarang mereka ini sudah boleh memberitahu bila hendak membuang air.
- Beberapa orang ibu bapa juga ada menyatakan tentang perubahan memberangsangkan tentang anak mereka sejak belajar di PDK.
- Yang terbaru dua orang pelajar telah dapat bekerja iaitu seorang bekerja di PDK Insani sebagai Pembantu Tukang masak dan seorang lagi menjalankan perniagaan di rumahnya. Bekas dua pelajar ini sedang memohon EPC (Elaun Pekerja Cacat) untuk dipertimbangkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.


HARAPAN DAN SYOR.

- PDK perlu memperbanyakkan aktiviti luar sekolah seperti lawatan sambil belajar, perkelahan, lawatan ke tempat-tempat awam seperti ke pasar raya, ke taman bunga dan sebagainya bagi mendedahkan pelajar kepada pengetahuan baru serta membiasakan diri dengan orang ramai.
- Kita juga berharap ibu bapa sama-sama membantu memulihkan anak mereka dengan memberi kerjasama apabila diperlukan. Misalnya membenarkan anak ikut serta dalam program yang dijalankan atau ibu bapa sendiri turut serta.
- Kita juga minta Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jawatankuasa mengadakan satu kursus khas berkenaan dengan kraftangan yang boleh mendatangkan hasil kepada Pekerja PDK supaya dapat diajar kepada pelajar PDK.


Itulah sahaja. Sekian. Terima kasih.

Ahad, 16 November 2008

Program Kebudayaan 08



















PDK Insani mengadakan satu program kebudayaan untuk dipertandingkan di peringkat negeri pada 16.12.08 di KB Mall. Program ini dijalankan secara bergabung dengan semua PDK Jajahan Machang.

Acara kebudayaan yang akan dipertandingkan ialah acara individu dan acara berkumpulan. Acara individu dan kumpulan terbahagi kepada dua kategori iaitu persembahan bersuara dan tanpa suara. Setiap daerah akan menghantar tiga persembahan untuk dipertandingkan.

Bagi Jajahan Machang, PDK-PDK bersetuju untuk mengadakan persembahan tanpa suara iaitu taridrama Ulit Mayang versi PDK. Manakala bagi acara individu ialah persembahan nyanyian dan 'miming'.

Latihan bermula 16.11.08 secara bergilir tempat bermula di PDK Bandar Machang, PDK Pulai Chondong, PDK Temangan dan PDK Insani. Semua Pengerusi dan Petugas PDK serta Penyelaras PDK - Pn. Ratna Mahsuri terlibat menjayakan latihan yang diadakan setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.

PDK Insani menghantar 2 orang pelajar untuk menyertai program ini.

Rabu, 5 November 2008

MAJLIS HARI RAYA PDK-PDK MACE 08





MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA DAN INSYA ALLAH PANJANG UMUR JUMPA LAGI TAHUN DEPAN.........................................!

Sabtu, 1 November 2008

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM PDK INSANI (1)




Program Membeli-belah di Tesco Kota Bharu



Program Perkhemahan dua hari satu malam Pelajar PDK Insani


Tempat: Bukit Bakar


Tarikh : 30 Mei - 1 Jun 2008.



Kursus Penyelarasan & Penyeragaman PDK-PDK Jajahan Machang.

Tempat: Sudara Beach Resort, Bachok.

Tarikh: 5-6 Jun 2008




Program Lawatan Pelajar PDK Sambil Membeli-belah
Tarikh: 30 Ogos 2008
Tempat: Taman Tengku Anis, Pasaraya Bilal dan Tesco





Majlis Hari Raya PDK-PDK Jajahan Machang

Tempat: Perkarangan Pejabat JKM Machang

Tarikh: 29 Oktober 2008



Lain-lain Program 2008:
1. Kursus Sehari PDK Insani
2. Majlis Asyura
3. Lawatan Pelajar ke rumah Pekerja PDK bersalin.
4. Majlis Berbuka Puasa
5. Pemilihan pelajar menyertai acara sukan







*************<><>><><>*************


TENAGA PEKERJA PDK

Penyelia PDK Insani

Petugas-Petugas PDK Insani Kg. Raja.


Pembantu-Pembantu PDK Insani
<><><><><><><><><><><><>

Pekerja-Pekerja PDK:

1. Raja Nor Shamlina binti Raja Bakar - P/Penyelia
2. Rohimah binti Safein - Petugas PDK
3. Maziah binti Mansor - Petugas PDK
4. Raja Azizah binti Raja Yusof - Petugas PDK
5. Mahirah binti Zainuddin - Petugas PDK (Baru masuk 16.11.08)

Pembantu-Pembantu PDK:

1. Nor Riza Binti Awi - Tukang Masak
2. Norelleyana binti Abdul Rahim - Pembantu Tukang Masak

**************************************************

SENARAI PELAJAR PDK INSANI (TERKINI)

Pelajar mengikut pemulihan di PDK

1. TUAN MOHD FIRDAUS BIN TUAN ABDUL RAHMAN - Umur: 9 tahun
Alamat: Kampung Raja, Panyit, 18500 Kelantan.

2. SITI AISYAH BT MOHD ALI - Umur: 9 tahun
Alamat: Kampung Baru, Panyit, 18500 Kelantan.

3. FAIZAL BIN ARIFF - Umur: 19 tahun
Alamat: Kampung Pangkal Pisang, Panyit, 18500 Machang, Kelantan.

4. TENGKU MOHAMAD KHAIRUL HASHRI TENGKU YUSUFF - Umur: 29 tahun
Alamat: Kampung Raja, Panyit, 18500 Machang, Kelantan.

5. KHADIJAH BT HAJI YUSOF - Umur: 28 tahun
Alamat: Kampung Raja, Panyit, 18500 Machang, Kelantan.

6. RAJA SURIANI BT RAJA DAUD - Umur: 29 tahun
Alamat: Kampung Raja Hilir, Panyit, 18500 Machang, Kelantan.

7. NIK AISHAH BT OTHMAN - Umur: 10 tahun
Alamat: Kampung Tualang Kelikir, 18500 Machang, Kelantan.

8. NORMASITAH BT HUSSIN - Umur: 15 tahun
Alamat: Kampung Pemanok, Panyit, 18500 Machang, Kelantan.

9. TUAN NOREZAN BT TUAN ABDULLAH - Umur: 20 tahun
Alamat: Kampung Raja, Panyit, 18500 Machang, Kelantan.

10. RAJA MUHAMMAD SYAHRIL RAJA OTHMAN - Umur: 11 tahun
Alamat: Kampung Raja, Panyit, 18500 Machang, Kelantan.

11. ZAINUDIN BIN HAMID - Umur: 19 tahun
Alamat: Kampung Pek Timur, 18500 Machang, Kelantan.

12. NIK NUR IZURA BINTI NIK PAR – Umur: 17 tahun.
Alamat: Kampung Berangan Meknab, 18500 Machang, Kelantan.

13. ZUBLI BIN AHMAD – Umur 18 Tahun
Alamat: Kg. Bechah Batu Besar, Telkong, Kuala Krai, Kelantan.

14. MUHAMAD KHAIDIN BIN MOHAMAD - Umur: 13 tahun
Alamat: Kampung Berangan Meknab, 18500 Machang, Kelantan.

15. MUHAMAD ARIF BIN MOHD FAUZI – Umur 5 tahun
Alamat: Kampung Bunut, 18500 Machang, Kelantan.

16. ZURAIDA BT MOHD ROZI – Umur 16 tahun
Alamat: Kg. Berangan Meknab, 18500 Machang, Kelantan.

17. AB. AZIZ BIN YUSOFF – No. K/P: 33 Tahun
Alamat: Kg. Berangan Meknab. 18500 Machang, Kelantan.

18. ABDULLAH BIN YUSOFF – No. K/P: 22 Tahun
Alamat: Lot 488, Kg. Banggol Kulim, 18500 Machang, Kelantan.

19. MUHAMMAD HAKIMI BIN MUSLIM – 6 Tahun
Kg. Gosong, 18500 Machang, Kelantan.

20. RUHASMAWATI BINTI RAHAMAN – 5 Tahun
Kg. Berangan Meknab, 18500 Machang, Kelantan.

21. SITI AISYAH BINTI SAUPI – 6 Tahun
Kg. Gosong, 18500 Machang, Kelantan.

22. MOHAMAD HAZIZUL BIN ABDUL HALIM - 15 Tahun
Kg. Banggol Kulim, 18500 Machang, Kelantan.

23. SITI AISHAH BINTI AZMI - 5 Tahun
Pondok Hj. Awang, Kg. Pek Timur, 18500 Machang, Kelantan.


Pelajar Mengikut pemulihan di rumah:

1. MOHD IZUAN MAT SEMAN. - 29 Tahun
Kg. Raja, Panyit, 18500 Machang, Kelantan.

2.TENGKU MUHAMMAD FAZWADI TENGKU MUSTAFFA. - !5 Tahun
Kg. Raja, Panyit, 18500 Machang, Kelantan

3.HASIF HAZWAN MOHD RAZEMIN.- 16 Tahun
Kg. Berangan Mek Nab, 18500 Machang, Kelantan.

4. MOHD RAZIN BIN NORIZAN - 8 Bulan
Kg. Raja, Panyit, 18500 Machang, Kelantan.

5. ANISAH BINTI MOHD ZIN - 16 Tahun
Kg. Pisang, Panyit, 18500 Machang, Kelantan

6. MOHD ASYRAF BIN AHMAD - 6 Tahun
Kg. Kemuchup, 18500 Machang, Kelantan.

JAWATANKUASA PDK INSANI 2007 - 2009

Penasihat:
YM TUAN NOOR ROSNIZA BINTI TUAN PUTEH
Penyelaras:
PN. RATNA MAHSURI BINTI MOHD NOOR
Pengerusi:
EN. MOHD RAZALI BIN MD. DIN
Setiausaha:
YM KU SUHAIRI BIN RAJA IBRAHIM
Bendahari:
YM RAJA ARIF BIN RAJA JUSOH
Ahli Jawatankuasa:
EN. ARIF BIN ABDULLAH
PN. NOR RIZA BINTI AWI
YM RAJA SEPIAH BINTI RAJA ISMAIL
YM TENGKU YUSOFF BIN TUAN WOOK
EN. HAMZAH BIN MAMAT
EN. NIK PAR BIN NIK JID
CIK NIK HASNI BINTI OTHMAN
PN. NORMA BINTI
Ex. Officio:
PEGAWAI KESIHATAN DAERAH
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
<><><><>><><><><><><><><>

Sejarah PDK Insani

PDK INSANI Kg. Raja adalah satu perancangan dalam pembangunan komuniti untuk memulihkan bagi memberi penyamaan peluang dan integrasi sosial untuk golongan kurang upaya (OKU) seperti down sindrom, spastik (celebral palsy), masalah pembelajaran, cacat akal, hiper aktif dan lain-lain.

PDK INSANI Kg. Raja ditubuhkan menerusi usahasama golongan OKU, keluarga mereka dan komuniti tempatan dengan kerjasama perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan, pelajaran, vokasional dan kebajikan dengan tujuan yang sama iaitu ke arah pemulihan OKU dari segi pengurusan diri, pengembangan minda dan kemahiran tertentu.

Program Pemulihan Dalam Komuniti adalah satu pengkongsian usaha pemulihan antara kerajaan, pertubuhan sukarela kebajikan dan komuniti setempat.

PDK INSANI Kg. Raja ditubuhkan pada 20hb. Mei 2005 di Kampung Raja, Panyit, 18500 Machang, Kelantan yang dihadiri antaranya Pegawai JKM Daerah, Wakil Pegawai Kesihatan Daerah dan Wakil Pegawai Pelajaran Daerah serta penduduk kampung.

Persatuan Insan Istimewa Kelantan (INSANI) bertanggungjawab sepenuhnya sehingga terwujudnya PDK Insani. Hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa INSANI, bersetuju menubuhkan sebuah pusat pemulihan untuk OKU. Setiausaha INSANI - En. Mohd Razali Md Din dipertanggungjawabkan untuk mengetuai penubuhan ini. Dengan kerjasama Pn. Sharifah Raudzah Syed Akil (Naib Pengerusi INSANI) , Maziah Mansor (AJK Insani) dan Pn. Masliza Che Mohamed (AJK), En. Mohd Razali telah melakukan beberapa penyelidikan dan kajian berkenaan PDK. Sokongan dan tunjuk ajar Penyelaras PDK Negeri Kelantan ketika itu, En. Johar Johari turut menyumbang kepada kejayaan menubuhkan PDK Insani.

Kemudian beberapa lawatan sambil belajar ke PDK Jerangau dan Lions Club di Kota Bharu dilakukan untuk mendapat gambaran sebenar program pemulihan OKU.

Selepas perbincangan diadakan dengan Pegawai JKM Machang ketika itu En. Ahmad Tarmidi Nawawi Abdul Razak, akhirnya pada tarikh 20hb. Mei 2005 majlis penubuhan Jawatankuasa diadakan di rumah Ku Suhairi Raja Ibrahim.

Pengumpulan pelajar PDK peringkat awal seramai 17 orang dijalankan di sekitar Kg. Raja dan kampung berhampiran oleh En. Mohd Razali, Maziah Mansor, Ku Suhairi dan Rohimah Safein.

PDK Insani memulakan program pemulihan secara rasmi pada 1 Ogos 2005 di sebuah rumah yang disewa di Kg. Raja. Pada awalnya bilangan pelajar berjumlah 17 orang dan sehingga kini jumlah itu meningkat kepada 30 orang (23 di PDK dan 7 di rumah).

Pada peringkat awal, 3 orang pekerja PDK bertugas secara sukarela dengan saguhati RM250 seorang diberikan oleh Persatuan Insan Istimewa Kelantan sehinggalah geran diluluskan pada tahun 2006.

Demikian sejarah ringkas penubuhan PDK Insani......