Selasa, 3 November 2009

Anugerah Anjuran JICA

PDK Insani menerusi Pelatih Nik Nur Izura Nik Par telah memenangi anugerah hasil karya lukisan terbaik antara 10 insan istimewa di Malaysia. Ianya dianjurkan oleh JICA sebuah pertubuhan kebajikan Jepun yang beroperasi di Malaysia.

Nik Nur Izura telah menghasilkan sebuah karya bertemakan "Masa Depan Saya". Beliau telah melukis dengan baik sekali tentang masa depannya yang ingin menjadi Tukang Jahit.
Kemenangan beliau telah membawanya ke sebuah Pusat Membeli Belah terbesar di Klang Selangor. Perjalanan dengan kapalterbang dan penginapan Nik Nur Izura di hotel ditanggung oleh JICA seratus peratus.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang disampaikan oleh Mr. Masahiko Horie (Ambassador of Japan To Malaysia).

Semua lukisan yang menang dicetak pada beg dan dijual kepada orang ramai.

Sebagai menghargai dan meraikan kejayaannya, Petugas PDK bersama Pengerusi dan kawan baiknya Asilah telah turut serta ke Klang dengan kerjasama perjalanan sumbangan kenderaan JKM Kelantan.

Tahniah untuk Nik Nur Izura Nik Par.....














1 ulasan:

rajaklate berkata...

kemesraan pendidik dengan insan2 ini amatlah diperlukan supaya menanam rasa kasihsayang yang mendalam.