JKM Negeri Kelantan baru-baru ini menganjurkan program Talentime iaitu satu peluang kepada pelatih PDK menunjukkan bakat mereka. PDK Insani sepakat dengan 3 buah lagi PDK Jajahan Machang, iaitu PDK Bandar Machang, PDK Temangan dan PDK Pulai Chondong untuk membentuk satu kumpulan persembahan dan seorang dalam kategori solo.
Dalam satu mesyuarat khas dengan JKM Machang, Pengerusi PDK Insani, En. Mohd Razali telah diamanahkan untuk memimpin dan mengetuai latihan dan persembahan kumpulan dan solo. Semua Pengerusi juga sepakat untuk menerima pakai cadangan Petugas PDK Insani iaitu Raja Azizah Raja Yusof untuk mengadakan persmbahan dalam bentuk persandingan ala satu Malaysia sesuai dengan tema Talentime iaitu 1Malaysia. En. Mohd Razali selaku pemimpin telah mengolah dan mengarah dengan sebaiknya untuk menjadikan ianya lebih menarik dan benar-benar menepati tema dan berkreativiti.
Dalam masa sepuluh hari, latihan demi latihan dijalankan di PDK Bandar Machang. Semua pelatih yang dipilih dari 4 buah PDK sentiasa bersemangat untuk berlatih dengan satu matlamat untuk menang. Acara solo dipilih pelatih dari PDK BAndar Machang menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Mas Idayu, Cintaku 100%.
Pada 5 Januari 2010, bermula pertandingan talentime yang disertai oleh sepuluh jajahan di Kelantan yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di Wakaf Siku.
Dalam pertandingan itu, Persembahan Persandingan Satu Malaysia telah memenangi tempat pertama dan acara solo tempat kedua. Gerai Jualan PDK-PDK Machang mendapat tempat kedua. Yang paling mengembirakan ialah, PDK Jajahan Machang juga membolot Johan Keseluruhan berdasarkan markah yang dikumpulkan dengan nilaian hadiah RM1000.00.
Nampaknya usaha yang digembeling bersama PKMJ Machang, Pengerusi, Penyelia dan Petugas serta Pelatih berbaloi. Semua bergembira dan ini bermakna kejayaan kumpulan dan solo mengulangi Persembahan Kebudayaan 2008 yang lalu yang membawa semua yang terlibat ke Langkawi. Ini bermakna ada kemungkinkan kali ini akan ada hadiah susulan menanti.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan