Jumaat, 28 Mei 2010

Kejohanan Special Olympics PDK Kelantan

PDK Jajahan Machang telah menyertai Kejohanan Special Olympic peringkat negeri Kelantan pada 27hb. Mei baru-baru ini. Sebanyak 10 PKMJ menyertai kejohanan ini. Setiap jajahan disyaratkan menghantar 16 orang peserta yang terdiri dari pelatih PDK (8 lelaki dan 8 perempuan).

Kejohanan ini diadakan di Padang Institut Perguruan Kota Bharu yang bermula 8 pagi dan berakhir 6.30 petang. Perasmian disempurnakan oleh Pengarah JKM Kelantan, Yabrs. En. Md Noor Chik dan penutup dilakukan oleh Timbalannya Ybrs. En Che Ngah Ismail.

Acara-acara yang dipertandingkan ialah 100 meter, 4 x 100m, baling bola lisut, lompat jauh, lompat berdiri dan bola sepak 5 sebelah.







2 ulasan:

Mohd Yusof Tawil berkata...

Tahniah, buat PDK di Kelantan. Tetapi untuk makluman, bagi mendapat 'sunction' dari SO Malaysia, wakil dari SO Malaysia perlu dijemput untuk menjadi saksi bahawa kejohanan tersebut menepati syarat dan peraturan Special Olympics. Ini untuk membolehkan atlit-atlit yang bertanding di kejohanan tersebut bertanding di peringkat yang lebih tinggi seperti Kejohanan Sukan Special Olympics Malaysia pada 4-9hb Ogos 2010 di Ipoh nanti. Yang juga gelanggang pemilihan untuk ke Special Olympics World Games di Athens Greece pada Julai 2011.

Dengan tidak menjemput wakil dari SO Malaysia anda telah menutup peluang atlit-atlit tersebut.

Tetapi, jika ada dijemput wakil So Malaysia tersebut, Al-Hamdulillah.

Saya secara peribadi telah mendengar akan ada Kejohanan SO di Kelantan tetapi cuma tidak tahu bila ianya akan diadakan

PDK INSANI berkata...

Terima kasih atas ulasan.