Khamis, 22 Januari 2015

PROGRAM MEMANCING PDKI

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Insani telah mengadakan program memancing di Kolam Kampung Kemuchup pada 21/1/2015. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12 tengahari.

Pengerusi PDK Insani, Pn Norliza Idris berkata, tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada Pelatih PDK menyertai program yang jarang-jarang golongan ini terlibat. Ada sesetengah pelatih langsung tidak pernah merasai pengalaman memancing. Program ini juga mengenalkan pelatih kepada satu kerjaya iaitu memancing yang boleh mendatangkan pendapatan jika dilakukan bersungguh-sungguh. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan melatih pelatih PDK supaya bersikap sabar dan tabah dalam menghadapi sesuatu situasi.

Program memancing adalah pertama kali dianjurkan oleh Jawatankuasa PDK Insani dan ianya mendapat kerjasama yang baik daripada JKKKP Kg Kemuchup. Pengerusi JKKKP Kg Kemuchup mengalu-alukan pelatih PDK untuk mengadakan program di sini. Selain membiasakan masyarakat dengan OKU, program ini juga diharapkan berjaya sedikit sebanyak memulihkan OKU PDK Insani.

Dalam program ini, dua orang pelatih berjaya menaikkan  ikan keli masing-masing seberat 2 kilogram. Rata-rata pelatih sangat gembira dan teruja menyertai program ini.Semoga di masa akan datang program seumpama ini dapat dijalankan lagi dan di tempat yang lebih mencabar dan menarik.























Tiada ulasan: