Sejak tertubuhnya PDK Insani pada 1hb Ogos 2005, ramai
pelatih PDK telah mengikuti program pemulihan di sini. Ada beberapa orang pelatih
telah berjaya dipulihkan dan keluar dari PDK sama ada kerana bekerja atau
kerana membantu keluarga di rumah. Jadi,
program ini untuk menemukan semula bekas pelatih PDK Insani dengan pelatih yang
ada sekarang dan apabila dicampurkan semuanya berjumlah 64 orang pelatih (30
orang pelatih yang masih ada di PDK dan 34 orang yang pernah menjalani
pemulihan di PDK).
Program ini juga menemukan mantan Penyelaras PDK, Mantan Pengerusi, mantan AJK dan petugas PDK yang pernah berkhidmat kepada PDK Insani.
Turut hadir Penyelaras PDK Jajahan, Pn Ratna Mahsuri Mohamed Nor mewakili PKMJ Pn. Liayana Alpha.
Program ini juga menemukan mantan Penyelaras PDK, Mantan Pengerusi, mantan AJK dan petugas PDK yang pernah berkhidmat kepada PDK Insani.
Turut hadir Penyelaras PDK Jajahan, Pn Ratna Mahsuri Mohamed Nor mewakili PKMJ Pn. Liayana Alpha.
Objektif Program ini ialah:
i.
Untuk
memberi motivasi kepada pelatih yang masih ada di PDK.
ii.
Untuk
menjadi contoh kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa yang masih berada di
PDK.
iii.
Untuk
mengembalikan nostalgia pelatih PDK dan bertemu kawan lama sekali gus
mengeratkan hubungan silatulrahim.
iv.
Untuk mantan-mantan Penyelaras, Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan Petugas serta ibubapa dan pelatih bertukar-tukar fikiran.
Program turut diserikan dengan tayangan video Bakat OKU yang mana PDK Jajahan Machang termasuk peserta dari PDK Insani yang menjadi Johan kategori berkumpulan di Kota Bharu baru-baru ini. Selain itu diadakan acara sukaneka untuk pelatih dan ibubapa serta AJK. Ceramah berkenaan pemulihan OKU disampaikan oleh Juru Pulih Cara Kerja dari klinik kesihatan Pulai Chondong di awal program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan