
Ahad, 8 Mac 2020
Hari Kebajikan Negeri Kelantan 2020

Majlis Graduasi & Anugerah

Objektif program ini ialah:
1.1 Menghargai pencapaian dan penglibatan warga PPDK serta memberi anugerah kepada pelatih yang ada peningkatan dari segi sahsiah, sosial, akademik dan kemahiran.
1.2 Meningkatkan semangat dan advokasi kepada pelatih untuk memperbaiki diri dalam penglibatan akan datang.
1.3 Menyemarakkan hubungan silatulrahim antara pelatih baru dan lama serta jawatankuasa.
1.4 Untuk meningkatkan kerjasama Jawatankuasa, staf PKMJ, Pekerja PPDK dan ibubapa dalam menjayakan program.
Tautan Kasih Pelatih PPDKI

Sepanjang pelatih OKU berada di PPDK, bermacam program
pemulihan dan aktiviti dilaksanakan. Pelatih mengikuti setiap program dengan
bantuan Penyelia dan Petugas untuk memastikan keberkesanan setiap aktiviti yang
dijalankan.
Dalam pada itu, pelbagai karenah dan kesukaran dihadapi oleh
Pelatih tetapi itu bukan alasan untuk gagal dalam pemulihan yang dijalankan.
Kesabaran dan komitmen yang diberikan serta kombinasi sepakat antara Penyelia,
Petugas, Jawatankuasa dan PKMJ mampu memberi hasil yang memuaskan.
Demikian antara tujuan program ini diadakan.
Langgan:
Catatan (Atom)